Kalam Perantau

Icon

Hormati perjanjian royalti 5 peratus

SHAH ALAM – Tindakan Kerajaan Pusat dan Petronas yang masih berdegil untuk memberi wang royalti kepada Kelantan akan memberi implikasi besar kepada negeri berkenaan dan negara secara keseluruhan.

Ahli Parlimen Gua Musang dari UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah berkata, Petronas diwujudkan untuk menyatukan negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia di bawah satu formula ringkas untuk berkongsi sumber petroleum negara.

Menurutnya, sebarang tindakan untuk menidakkan hak negeri-negeri yang mempunyai aktiviti petroleum untuk mendapatkan wang royalti dan mengganggu formula ringkas ini akan mengakibatkan kesan yang serius kepada Persekutuan Malaysia.

“Saya membantu membentuk dan membincangkan Akta Petroleum Negara dan sebagai bekas Pengerusi Petronas, saya menandatangani perjanjian berasingan mengenai pembayaran kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri.

“Saya ingin tegaskan di sini bahawa Petronas terikat perjanjian tersebut dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu, perjanjian terbabit dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolah pun memahaminya,” katanya dalam blognya, semalam.

Razaleigh berkata, keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai kewajipan Petronas membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayaran mereka.
“Hak royalti 5 peratus negeri-negeri tersebut dibuat berdasarkan jumlah keseluruhan aktiviti petroleum yang dilakukan di negeri berkenaan. Sebagai ganti rugi, Petronas wajib membayar wang royalti secara terus kepada negeri tersebut,” katanya

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: