Kalam Perantau

Icon

Skuad khas Pas bantu penduduk

KAMPUNG DENGIR – Pas menubuhkan sebuah skuad khas yang dikenali sebagai Skuad Bencana Alam di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membantu mangsa dilanda musibah.

Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhd Zawawi Nik Salleh berkata, skuad itu bertujuan memberi bantuan kepada mangsa terutama mangsa banjir dan ribut yang sering berlaku di negeri ini.

Menurutnya, skuad berkenaan akan diketuai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan, sementara pada peringkat DUN dipimpin AJK DUN.

“Skuad ini diwakili individu yang sukarela menghulurkan bantuan dari segi masa dan kudrat membantu mereka yang tidak bernasib baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat 17 keluarga di sini, yang ditimpa malapetaka apabila atap rumah mereka rosak berikutan ribut kencang dalam banjir gelombang kedua.

Dalam kejadian itu, sebahagian daripada bumbung rumah mangsa diterbangkan angin dan hujan lebat.

Nik Muhd Zawawi berkata, beliau mewakili Pas Besut, Pas DUN Kuala Besut dan Pas Cawangan Dengir melawat setiap buah rumah mangsa tanpa mengira fahaman politik.

Menurutnya, dalam lawatan berkenaan, Pas Besut menyumbangkan hamper keperluan asas kepada mangsa bagi meringankan sedikit beban mereka selepas ditimpa musibah.

“Pas Besut sentiasa peka dengan masalah orang ramai dan kami bersimpati dengan nasib yang mereka. Kehadiran kami sebagai tanda ingatan kepada mangsa,” katanya.

Turut serta, Ketua Pas Cawangan Kampung Dengir, Abdul Latif Awang Kechik; Ahli Jawatankuasa Pemuda Pas Besut dan Ketua Muslimat Pas Kawasan.

Nik Zawawi berkata, beliau bersama rombongan melawat semua rumah termasuk rumah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung dan Ketua UMNO Cawangan untuk bertanya khabar serta me-nyerahkan hamper

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: