Kalam Perantau

Icon

Tahniah! KalamPerantau hadir program PAS Terengganu bersama Penggiat Media & Blogger

PAS Terengganu bermesra bersama Penggiat Media & Blogger
Oleh: SamarQondy

“Sekian lama bercuti panjang daripada menulis, semalam saya berkesempatan untuk ber sama-sama dengan kepimpinan PAS Terengganu beramah mesra bersama penggiat media dan blogger.

Jemputan yang diterima melalui emel yang dihantar sendiri oleh Urusetia Lajnah Penerangan & Dakwah BPPNT menggambarkan satu strategi dan dan langkah pro-aktif PAS Terengganu dalam berhadapan dengan cabaran Media Baru.

Tatkala melangkah masuk ke Dewan Makan sebuah restoran di pinggir bandaraya Kuala Terengganu, saya disapa dan menyapa beberapa kenalan lama dan baru. Daripada pengamatan saya, kira-kira 40 orang Blogger dan Penggiat Media yang hadir ke program tersebut dan 10 orang pimpinan PAS Negeri. Turut hadir juga beberapa orang Blogger Wanita.

Saya difahamkan, masih ada sebilangan blogger yang dijemput tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain dan keuzuran yang hanya tuhan sahaja mengetahuinya.

Program tersebut berjalan didalam suasana yang cukup ukhuwah dan muhibbah, tiada caci maki dan cercaaan sebagai mana yang kita baca dalam blog yang bersepah. Daripada air muka mereka yang hadir, menggambarkan satu tanda bahawa didalam blog mereka terkandung penulisan yang penuh adab dan berakhlak.

Adapun beberapa cadangan dan pandangan yang dilontarkan diterima baik oleh kepimpinan dan semua peserta.

Di kesempatan itu juga YB Dato’  Tuan Guru Haji Harun Taib, Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Terengganu turut mengulas beberapa isu yang dimainkan media kebelakangan ini. pada awwalannya Dato’ Tuan Guru memberitahu bahawa mutakhir ini banyak perkara fasad(kerosakan) telah berlaku. Kefasadan daripada sudut sistem pemerintahan dalam negara, kefasadan dalam hubungan sesama manusia sehinggalah kefasadan yang berlaku didalam dunia blog dan media.

Blog dan media dijadikan medium untuk menabur fitnah, perkara yang tidak benar digambarkan seolah-olah benar walau pun diragui dari mana asal sumber dan puncanya.

Diakhir program Dato’ Pesuruhjaya turut mengingatkan kepada Blogger dan pejuang Islam agar jangan menghiraukan gangguan, hinaan dan cercaan orang yang mencela dalam melakukan kerja Islam. Sesungguhnya mereka berusaha untuk menggagalkan cita-cita dan matlamat perjuangan yang cuba ditegakkan oleh PAS selama ini. Ibarat gangguan kemuncup dalam perjalanan perjuangan para da’ie.

Sila Layari : http://pemudabersamamu.blogspot.com

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: