Kalam Perantau

Icon

DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid: Harun

KUALA TERENGGANU – Pas akan mewujudkan lebih banyak masjid jika Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negara ini dan sebagai rakan pakatan, DAP harus bersetuju dengan keputusan itu, kata Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib.

“Pakatan Rakyat akan tambah lagi (masjid) dan kita harap DAP tidak akan bercakap mengenai perkara yang boleh menunjukkan mereka anti Islam,” katanya.

Harun, yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu, meminta pemimpin DAP tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang menampakkan DAP memusuhi Islam dalam usaha menjaga keharmonian negara.

Harun berkata, secara peribadi, beliau rasa bilangan masjid dibina Kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini masih belum cukup.

Beliau berharap Ahli Parlimen Taiping daripada DAP, Nga Kor Ming juga tidak lagi menimbulkan isu peruntukan kerajaan membina masjid di negara ini.

Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak seharusnya dibuat kerana perbelanjaan berkenaan sesuai dengan masyarakat negara ini yang majoritinya beragama Islam, selain Islam sendiri sebagai agama rasmi.

“DAP tidak boleh pertikai pembinaan masjid sebab orang Islam negara ini ramai. Justeru, peruntukan itu semestinya mengikut keperluan rakyat dan jika selama ini tidak cukup, mereka (DAP) boleh minta kerajaan tambah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan DAP mengenai peruntukan RM748.26 juta untuk pembinaan masjid, antara 2000 dan 2008.

Ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan DAP dan Kor Ming bagi membincangkan isu yang menimbulkan kontroversi itu, Harun berkata, ia tidak perlu kerana nasihat telah diberikan kepada DAP.

Beliau juga membidas UMNO kerana menuduh Pas hanya berdiam diri dan bersifat seperti ‘senapang buluh’ dalam isu peruntukan untuk pembinaan masjid itu.

“Bedil (senapang) buluh ni bunyi ketika raya saja. Begitu juga dengan UMNO. Mereka bercakap jika melibatkan kita. Apabila terkena kepada mereka sendiri, mereka diam saja,” katanya.  (Sinar Harian)

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: