Kalam Perantau

Icon

KEPUTUSAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN DITANGGUH : Nizar Jamaluddin

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya paparkan rencana yang ditulis saudara Mohamed Hanipa Maidin dari blognya “Peguampas” bertajuk, ” Sultan tiada kuasa memecat Nizar”. Rencana ini memaparkan beberapa perkara dan hujah semasa sessi penghujahan yang memakan masa hampir enam jam setengah pada 5 November 2009 di mahkamah Persekutuan , Putrajaya.

Terdahulu dari itu, (sebelum meneruskan penghujahan) saya telah memohon dari 5 orang hakim Melayu tersebut, melalui counsel saya Dato’ Ambiga untuk mendapatkan panel hakim penuh 11 orang bagi mengadili kes ini. Diantara hujah yang dikemukakan ialah:

1. Kes ini terlalu besar dan berat kerana mahu menentukan kedudukan MB dan juga natijahnya nanti akan menentukan status PM sendiri dimasa akan datang sebagai kes dahuluan.

2. Pernah mahkamah yang sama meletakan 7 orang panel hakim bagi mengadili satu kes bersabit pengedaran dadah yang jika dibandingkan dengan kes ini jauh lebih kecil.

3. Tiga orang dari lima hakim tersebut pernah mendengar kes krisis Perak terdahulu dari ini dan membuat penghakiman tidak menyebelahi saya dan dikhuatiri prejudice.

4. Terdapat beberapa orang lagi hakim mahkamah Persekutuan yang bukan Melayu yang cukup fasih dan mahir dalam isu perlembagaan Malaysia dan Perlembagaan Perak, tetapi mereka ini seolah-olahnya sengaja dikesampingkan.

5. Memandangkan kes ini banyak merujuk kepada precedent yang terkandung dalam kes Amir Kahar di Sabah, kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, kes Joseph Pairin Kitingan di Sabah, walaupun merit dan faktanya mengandungi sedikit perbedzaan, maka amat bertepatan jika di masukkan dalam panel jemaah hakim ini hakim dari Borneo, Sabah dan Sarawak.

6. Untuk diambil kesempatan dalam mengadili kes ini oleh Ketua Hakim Negara bagi mengembalikan kegemilangan dan keyakinan masyarakat dan dunia luar kepada Institusi Kehakiman di Malaysia yang teruk tercemar dan tercalar akibat pengaruh luar.

7. Bagi mencerminkan bahawa keadilan bukan hanya perlu di laksanakan tetapi mesti dilihat untuk dilaksanakan (justice must be seen to be done) dan kedua, kesaksamaan bukan hanya mesti dilakukan tetapi ditanggapi mesti dilakukan (impartiality must appeared to be done).

Namun hakim telah menangguhkan pendengaran permohonan dan setelah 30 minit kemudian memutuskan sebulat suara menolak permohonan saya untuk mendapatkan jumlah jemaah hakim penuh kalau tak bolih 11 namun dipohon 9 orang. Kesemua ditolak walaupun tiada bantahan dari pihak Peguam Negara (Tan Sri Ghani Patail) dan peguam YB DR Zambry.

Penolakan permohonan saya oleh 5 orang hakim tersebut juga adalah tanpa sebab dan hujah.
Maka perbicaraan rayuan diteruskan dan memakan masa hampir enam jam setengah sehingga pukul 6.30ptg.

Di paparkan di sini sedutan dari laporan dan pandangan Peguam Sdr Mohamed Hanipa Maidin untuk pengetahuan pembaca. Saya masih menunggu tarikh dari mahkamah persekutuan untuk mendengar keputusan perbicaraan rayuan kes ini. Sila amati dan doakan!

Sumber : http://kamparinn.blogspot.com/2009/11/keputusan-hakim-mahkamah-persekutuan.html

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: