Kalam Perantau

Icon

Mufti Perak perlu kembali menjadi Mufti Islam bukan Mufti Melayu-Umno

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam SeMalaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kini bersuara sebagai Mufti Melayu-Umno bukan lagi Mufti Islam. Tuduhan beliau bahawa pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam adalah jelas menunjukan bahawa beliau tidak memahami siasah yang berlaku hari ini.

Sehingga ke hari ini belum ada mana-mana pemimpin Pakatan yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah atau dimurkai Sultan kerana kononnya menghina atau mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam.

PAS kesal kerana beliau gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Umno di Perak awal tahun ini. Beliau juga dilihat hanya bercakap dalam soal-soal yang menyentuh kepentingan pemimpin Umno bukan lagi soal-soal umat Islam yang terdiri dari pelbagai kaum. Beliau sepatutnya mengeluarkan hukum apakah halal elaun yang dimakan oleh dua  wakil rakyat yang belot,  hasil daripada bertanding atas tiket PKR.

Isu perpaduan Melayu yang beliau sentuh pada hari ini memperjelaskan lagi kedudukan beliau yang kini condong kepada hukum perkauman bukan lagi hukum Islam. Sesunguhnya Islam amat mengalakkan umat Islam bersatu walau apa jua bangsa dan kaum mereka serta tidak menindas kaum atau mereka yang berlainan agama.

Perlu dijelaskan juga bahawa Perlembagaan Negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam dalam negara ini bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalah gunakan oleh pemimpin yang zalim.

Malah Islam juga tidak membataskan atau melarang umat Islam menegur pemimpin jika mereka tersalah membuat pertimbangan. Pakatan di Perak jelas tidak pernah menderhaka kepada Sultan. Jika perkara ini ada dilakukan, maka sudah pastilah Sultan akan menghukum mereka. Soalnya kenapa perkara ini tidak berlaku?

Rakyat Perak dan umat Islam diseluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam, bukannya perkauman sempit yang terbatas kalangan Melayu sahaja. Kita tidak mahu Umat Islam hari ini membuang saudara-saudara mereka hanya kerana mereka bukan Melayu. Kita juga tidak mahu umat Islam membenci umat agama lain kerana taksub politik atau fahaman perkauman sempit.

PAS berharap agar Mufti Perak kembali menjadi Mufti Umat Islam bukan lagi Mufti Melayu-Umno kerana yang memuliakan seseorang Mufti itu adalah Allah bukannya pemimpin Umno. Contohilah mantan Mufti Selangor,
Allahyarham Dato’ Ishak Baharom yang berani bersuara walaupun beliau dipecat dari jawatannya.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

One Response

  1. shafiehashim says:

    takut dia jadi Ulama perosak akhir zaman .

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: