Kalam Perantau

Icon

Tahniah! Yusuf Al-Qaradawi tokoh Maal Hijrah ke-8

KUALA LUMPUR  – Presiden Persatuan Ulama Sedunia, Dr. Yusuf Al-Qaradawi dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M.

Anugerah kali ke-8 itu telah dikurniakan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah.

Anugerah itu bagi menghargai ilmu, jasa dan kesungguhannya memberi khidmat kepada agama Islam dan ummah selain berdakwah dan membangkitkan kesedaran Islam.

‘‘Anugerah Tokoh Maal Hijrah hanya dikurniakan kepada individu-individu yang memberi sumbangan dan khidmat kepada umat Islam serta mengangkat kedudukan Islam di peringkat tempatan mahupun antarabangsa,’’ jelasnya

Sebelum ini, antara tokoh yang menerima anugerah itu ialah Syeikh Muhammad Idris Al-Marbawi Rahimahullah dan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.
Beliau dilahirkan di Mahallah al-Kubra, Gharbiah, Mesir pada 1926.

Pemikir ini menunjukkan ciri ulama apabila menghafal al-Quran sejak kecil dan sering dipanggil menjadi imam dan menyampaikan syarahan agama di masjid kampungnya.

Yusuf melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam fiqh al-Zakat pada 1973. Beliau terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, Yusuf sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: