Kalam Perantau

Icon

Akhil Hayy masih popular?

Ustaz Akil Hayy Beraksi Kembali….

Alhamdulilah buat pertama kalinya setelah pelbagai kontroversi yang dilemparkan kepada Ustaz Akil Hayy,hari yang bersejarah 13 disember 2009 ustaz akil hayy muncul kembali di pentas PAS di Kg Kurnia Johor Bahru .Kehadiran pada malam itu amatlah ramai dengan kesesakan tempat parking,aku yang hadir jam 9.00 malam pun begitu susah untk ambil parking motor,itu motosikal bayangkan kalau kereta.Kehadiran malam tadi mengambarkan kerinduan orang Johor khususnya orang Johor Bahru dengan Ustaz Akil Hayy.Walaupun pelbagai kontroversi yang melanda ustaz,orang tetap ramai menantikan sehingga habis ceramah Ustaz Akil Hayy.

Ceramah sebelum ini disampaikan oleh Ustaz Abdullah Husin selaku ketua dewan ulama PAS Johor.Ceramah Ustaz Abdullah adalah sekitar maal hijrah dan sebagainya.Ustaz Akil Hayy meneruskan program sekitar pukul 10;15 malam dengan memulakan ceramah dengan mendedahkan peristiwa yang berlaku diantara beliau dengan JAIS.Ustaz menceritakan beliau pernah ditahan oleh JAIS suatu ketika dahulu kerana pernah berceramah tanpa tauliah di Selangor.Tanpa disangka-sangka malam itu ustaz membuat pemberitahuan rasmi mengenai tauliah ini.Ustaz mendedahkan bahawa beliau mempunyai TAULIAH DARIPADA JABATAN AGAMA ISLAM PERAK DENGAN DITANDATANGANI OLEH DATO SERI HARUSSANI ZAKARIA.

Sebelum ini ustaz tidak pernah mendedahkannya,apabila kontroversi mengenai tauliah ini berterusan,ustaz mengeluarkan satu surat kebenaran dari JAIP dan membacakan surat itu dihadapan khalayak ramai .Ini menunjukkan Ustaz Akil mempunyai tauliah dari sebuah negeri di malaysia iaitu Negeri Perak .Beliau hanya tiada tauliah dari negeri Selangor sahaja.Ini bermakna ceramah Ustaz Akil Hayy diktiraf oleh Jabatan Agama Islam Perak

Ustaz juga memberitahu bahawa bermula tahun hadapan ,satu akademik imam akan diadakan distesen berbayar astro dan perbincangan untuk program itu terus berjalan.Ini menjukkan sikap untuk melahirkan bukan sekadar imam sahaja,bahkan imam itu memperolehi pelbagai cara dan kebolehan seperti berceramah dan sebagainya.Seronok juga blogger Suara Hatiku mendengar ceramah Ustaz Akil Hayy sampai dah tak larat nak ketawa,oleh itu diharap Ustaz Akil terus berdakwah untuk memajukan industri dakwah islamiah di negara Malaysiaku yang tercinta ini.Sampaikan olehmu walaupun satu ayat…Sekadar coretan blogger Suara Hatiku

Gambar Ihsan Blogger Suarajohoronline.blogspot

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: