Kalam Perantau

Icon

Tuntut kerusi YDP MAIPP dan Pengerusi BN P. Pinang, UMNO makin kurang ajar ?

Oleh Drs Idham Lim

Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya “Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang,” selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Umno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO itu adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya melemahkan dan menkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata perpatan “habis manis sepah dibuang”. itulah perangai UMNO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin UMNO.

Sepatutunya UMNO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihanraya yang lepasa namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

“Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang,” katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk “berkokok” dalam masalah ini.

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat UMNO Pulau Pinang yang semestinya mesti ditolak secara total di Pulau Pinang di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukanya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulai Pinang yang cukup kurang ajar !

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: