Kalam Perantau

Icon

KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E MACAM HILANG KOTAK MANCIS

USTAZ IDRIS HAJI AHMAD, Ketua Penerangan PAS

Pas merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap  tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tenang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007. \

Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan  begitu mudah. Ia pula dibawa ke luar negara, bukan dijual kepada peniaga besi buruk Kampung Chu Badak Sentul

Pas yakin jenayah ini mesti melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti. Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing. Persitiwa ini adalah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat dari setahun kesatahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56. Sebab itu Pas dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahana kepada negara dan rakyat.

Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sebuah negara.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: