Kalam Perantau

Icon

Pakatan Ganti BN?

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Pada 19hb. Disember, 2009, Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat telah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kehadiran perwakilan 1,500 orang dari PKR, DAP dan PAS serta pemerhati yang begitu ramai.

Sebagaimana yang ditulis oleh ramai blogger dan pemerhati politik, peristiwa tersebut mencatat satu sejarah baru dalam politik Malaysia. Bukan senang nak himpunkan semua pemimpin pembangkang yang berlainan ideologi berada dalam satu konvensyen membincangkan masa depan perjuangan rakyat. 

Semua pihak tahun bahawa DAP dengan ideologi perjkuangan ’Malaysian Malaysia’ dan PAS pula dengan agenda ’Negara Berkebajikan’ yang merupakan intipati kepada Negara Islam. Sementara PKR pula menjadi ’integrator’ kepada kedua-dua parti berkenaan.

Satu slogan dicipta untuk Pakatan ini iaitu 3B– Berpadu, Berubah dan Berkat dibawah satu lambang berlatarbelakangkan warna Oren. Warna Oren telah dipilih sebagai lambang penyatuan ketiga-tiga parti ini. 

Pada peringkat ini, saya merasakan kesedian ketiga-tiga parti bergabung membentukkan satu Pakatan untuk menumbangkan BN satu lawan satu dalam pilihanraya akan datang menjadi kenyataan, tidak seperti menjelang pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Untuk rekod, dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8hb. Mac, 2008 yang lepas, PKR dan PAS berkerjasama  meneruskan gagasan Barisan Alternatif setelah ditinggalkan oleh DAP dan PRM. Cuma PKR bekerjasama dengan DAP disatu pihak yang lain dalam satu kerjasama lain terutama di Pulau Pinang dan lain-lain negeri di Pantai Barat Semenanjung. 

Tetapi disebab keputusan pilihanraya pada 8hb. Mac, 2008 menolak BN dibeberapa negeri seperti Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah selain Kelantan, maka satu usaha dibuat untuk menyatukan parti-parti tertentu bagi membentuk kerajaan campuran. 

Di Kedah, PAS berkerjasama dengan PKR membentuk kerajaan negeri dan di Pulau Pinang pula DAP bekerjasama dengan PKR membentuk kerajaan negeri.

Tetapi keadaan yang berbeza di Perak dan selangor kerana tiada parti yang mampu membentuk kerajaan negeri jika  tidak diadakan kerjasama camporan ketiga-tiga parti pembangkang; PKR-DAP-PAS. Di Selangor PKR lebih kerusi maka ia berhak sebagai Menteri Besar, tetapi lain pula di Perak, DAP yang lebih kerusi tetapi tidak dapat kerusi Menteri Besar kerana tidak memenuhi syatrat perlembagaan negeri.

Bagi menghadapi PRU ke-13, Pakatan telah melontarkan lebih awal tawaran mereka untuk dipilih atau ditolak oleh rakyat. Agenda utama Pakatan Rakyat untuk kesejahteraan rakyat adalah;

Pertama; Menghentikan politik perkauman dan distriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan;

Kedua: Mengembalikan keutuhan perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.

Ketiga: Membangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat;

Keempat: Mengembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri;

Kelima: Menghapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat;

Keenam: Menghentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.

Ketujuh: Membangunkan agenda keselamatan sosial

Kelapan: Memperkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaiana budaya dan sastera.

Jika tawaran ini berjaya diterima oleh rakyat terbanyak, tidak ada sebab lagi untuk memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang kerana hampir semua parti komponennya bermasalah dan bercakaran sesama sendiri.

Kegagalan BN untuk terus memerintah  begitu ketara bilamana bajet 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan yang amat tipis iaitu 3 sahaja  Jika tidak dengan kehadiran Najib dan Muhyidin yang terpaksa hadir twergesa-gesa, undinya hanyalah satu undi sahaja.

Begitulah tenatnya Najib untuki menguruskan kerajaan BN yang ada ini untuk beebrapa tahun lagi sebelum pilihanraya umum ke-13 diadakan.

Filed under: Siasah, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: