Kalam Perantau

Icon

Royalti Minyak – GEGAR desak Kerajaan Malaysia

Jerteh, BESUT – Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) mendesak Kerajaan Malaysia segera menunaikan janji dan tanggungjawabnya untuk membayar wang tunai kepada kerajaan di negeri-negeri

dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyatnya.

Pengerusi Bersama GEGAR, Dr Abdul Halim Bin Yusof (Gambar kiri – tiga dari kanan) dan Encik Mohamad Fauzi bin Abu Samah (dua dari kiri) membentangkan lima hujah mengapa kerajaan Malaysia mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri sebagaimana komitmen Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak, bapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib di Parlimen pada 12 Disember 1975.

“Selain itu, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi PETRONAS untuk memberi 5% royalti kepada negeri.

”Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak,”kata Mohamad Fauzi dalam sidang media yang diadakan disini semalam.

Menurutnya, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautikal.

Katanya, pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautikal adalah mengelirukan kerana Akta Dharurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

GEGAR adalah badan NGO yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Kenyataan penuh GEGAR boleh di rujuk pada laman blog rasminya, royaltirakyat.blogspot.com

Filed under: News, , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: