Kalam Perantau

Icon

Nik Aziz sahkan setiausaha politik, akhbar letak jawatan

KOTA BAHRU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengesahkan Setiausaha Politiknya, Annual Bakhri Haron, dan Setiausaha Akhbarnya, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya diberhentikan atas sebab tertentu berikutan kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berkata, kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diisi bila-bila masa oleh orang lain apabila sampai tempohnya.

“Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata, Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

“Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka,” katanya.

Nik Aziz berkata, kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil “jalan tengah” untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya,” katanya. – Bernama

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: