Kalam Perantau

Icon

2010: Tahun lebih mencabar?

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Hari ini jumaat 1hb. Januari, kita  sambut permulaan tahun baru 2010. Kepada semua pembaca Kalam Perantau, saya mengucapkan selamat tahun baru 2010.

Sebelum kita membicarakan apakah azam  pada tahun 2010, ada baiknya kita menoleh sepintas lalu liku-liku tahun 2009 yang telah dilalui sejak setahun yang lalu. Satu yang perkara yang mungkin tidak dapat saya lupakan adalah, kolum mingguan saya, Kalam Perantau  dalam akhbar mingguan Siasah telah berakhir apabila berlaku rombakan dan rekabentuk baru-baru ini.

Sebelum itu, kolum saya Salam Perantau hanya dapat bertahun beberapa siri sahaja dalam sebuah akhbar tabloid lain. Kini saya menoleh kepada akhbar dalam talian pula untuk meneruskan hayat, kolum saya ini dengan jenama Warkah Perantau pula mulai 1hb. Januari, 2010.

Sebagai orang yang merantau, tentulah keadaan yang sama juga terjadi kepada kolum ini dari merantau dari satu media kepada satu media yang lain. Saya berharap kolum Warkah Perantau ini dapat bertahan untuk beberapa ketika dalam akhbar dalam talian Harakahdaily ini.

Tulisan-tulisan saya dalam akhbar Siasah sebelum ini boleh diakses melalui blog https://kalamperantau.wordpress.com. Disamping tulisan-tulisan saya,  terdapat juga tulisan-tulisan lain untuk menjadikannya lebih hidup dan menarik.

2009 yang ditinggalkan

Beberapa ajam sahaja lagi awan 2009 akan berarak meninggalkan kita dengan sebuah kenangan. Dalam konteks politik terlalu banyak peristiwa suka duka yang telah terakam dalam sejarah politik negara. Tragedi paling menyayatkan hati adalah kejatuhan sebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara tidak demikratik pada bulan Februari, 2009 di Perak.

Kebetulan semalam, 30hb. Disember, 2009 saya sempat bersama dengan Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin yang masih belum diputuskan secara muktamad kedudukannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Krisis perlembagaan dan politik Perak mula timbul bila Ir. Nizar tidak dihadapkan undi tidak percaya,  dalam Sidang DUN Perak   untuk melucutkan jawatannya sebagai Menteri  Besar setelah beliaub tidak meletakkan jawatan selepas kudeta dilakukan terhadap kerajaannya bersama Pakatan Rakyat.

Krisis politik di Perak ini berterusan bila Sultan Perak juga tidak membubarkan DUN berkenaan untuk memanggil satu pilihanraya baru bagi menentukan pihak manakah yang sepatutnya pilihan rakyat. Keadaan lebih memalukan lagi bila Sidang DUN “terpaksa” dibuat di buah pokok.  Anak saya kata kerajaan ini macam dalam filem P. Ramlee.

Malah ramai pakar-pakar undang-undang yang saya sempat tinjau pandangan-pandangan mereka dalam tulisan-tulisan dan komen-komen mereka tetap berpendapat, pilihan yang ada hanya lah dengan membuabarkan DUN. Biar rakyat tentukan, saipa yang mereka kehendaki menerajui kerajaan. Ini selaras dengan falsafah Perdana Menteri  sekarang, rakyat di dahulukan.

Selain krisis politik Perak,  satu lagi yang menarik perhatian saya adalah tahun 2009 adalah tahun pilihanraya kecil. Beberapa siri pilihanraya kecil diadakan dalam tahun ini bermula dengan Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu (Januari, 2009) dan terakhir Pilihanraya kecil Bagan Pinang (oktober, 2009).  Tidak ada apa yang menakjubkan selain masing-masing mempertahankan semula kerusi mereka kecuali Kuala Terengganu Berjaya dirampas oleh PAS dari UMNO/BN.

Satu lagi peristiwa yang mungkin akan meninggalkan sedikit kesan kepada UMNO/BN adalah kegagalan mereka mendapat majoriti yang besar bagi  meluluskan bajet 2010 di parlimen pada 14hb. Disember, 2009 yang lepas.

Keadaan cukup cemas bila BN hanya berjaya menang dengan hanya 3 undi sahaja (BN:66-PR:33) untuk meluluskan bajet berkenaan di parlimen.  Itu pun setelah dikira undi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Presiden MCA yang datang secara tergesa-gesa bagi menyelamatkan maruah kerajaan BN.

2010 :  Royalti tetap diperjuangkan!

Pertama sekali sebagai memulakan lembaran tahun baru 2010 ini, saya ingin memaklumkan bahawa Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) menyokong  tindakan Menteri Besar Terengganu Ahmad Said meneruskan tuntutan royalti yang menjadi hak kerajaan Terengganu.

Ahmad Said ketika sidang DUN Terengganu baru-baru ini berkata rundingan tersebut bagaimanapun belum dapat diselesaikan apabila Kementerian Kewangan masih lagi dengan keputusan awal untuk membayar sebanyak RM 1.686 billion sahaja sedangkan Kerajaan Terengganu dalam rundingan sebelum ini berusaha mendapatkan semula tuntutan royalti berjumlah RM 2.792 billion dari kerajaan pusat.

Untuk tidak keseorangan dalam tugasan ini, ada baiknya Ahmad Said bertandang ke negeri Kelantan  jirannya untuk  berjumpa rakan sejawatnya Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bertukar-tukar strategi dan doa bagi menuntut hak rakyat masing-masing yang dinafikan oleh kerajaan Pusat dan Petronas.

Selain isu ini, satu lagi yang rakyat sedang memerhati penuh minat adalah adakah sebuah kerajaan baru secara kudeta juga berjaya dibentuk di Selangor esok setelah tarikh akhir hari ini 31hb. Disember, 2009 tidak menampakkan hasil.

Tetapi jangan pandangan enteng kepakaran UMNO/BN dalam soal ini kerana banyak pengalaman sebelum ini membuktikan mereka berjaya. Lihat sahaja di Terengganu (1961) dan Sabah (1994) serta terakhir Perak (2009).

Di Perak meraka mensasarkan 31hb. Ogos, 2008, tetapi berlaku pada 6hb. Februari, 2009. Sekarang Selangor disasarkan kerajaan PR tumbang pada 31hb. Disember, 2009, tetapi belum pasti bila ianya akan berlaku.

—————————-
Artikel ini diterbitkan untuk portal berita harakahdaily.net. Ianya telah diubahsuai untuk terbitan blog ini.

Kolum harakahdaily.net : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23946:-shuhaimi-al-maniri-2010-tahun-lebih-mencabar&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Filed under: harakahdaily, , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: