Kalam Perantau

Icon

Husam tidak kritik tok guru!

Tajuk Asal – Kronisme : Husam sudah beri penjelasan

Oleh: hermansamsudeen

Alhamdulillah, Husam petang semalam sudah memberikan jawapan kepada media bahawa tulisannya yang bertajuk ‘Malaysia atau diri‘ bukan ditujukan kepada Tok Guru Nik Aziz.

Ianya sekadar satu pandangan yang mahu menjelaskan bahawa  ”politik keluarga” boleh membawa kemusnahan kepada seseorang tokoh pemimpin. Dan jangan lupa menentang Kronisme dan Nepotisme adalah dua isu yang PAS pernah perjuangkan ketika berhadapan dengan Mahathir, Pak Lah dan kini Najib.

Saya boleh bersetuju dengan pandangan Husam ini. Dalam dunia politik, keluarga, anak murid dan sahabat juga ancaman terhadap masa depan seseorang. Tersilap percaturan, keluarga, anak murid dan sahabat boleh menjadi musuh atau dijadikan bahan oleh musuh untuk menjahanamkan imej seseorang.

Bukan itu sahaja. Diri kita sendiri juga boleh menjadi musuh atau alat kepada musuh untuk menjatuhkan kita. Kesilapan dalam perbuatan, percakapan, penulisan dan arahan-arahan boleh memberikan kesan yang besar terhadap diri kita. Apa jua keputusan yang kita ambil terhadap diri dan orang sekeliling kita kena bersedia hadapi akibatnya.

Tapi jangan lupa Keluarga, Anak Murid dan sahabat juga adalah orang-orang banyak membantu kita. Malah mereka lebih mudah kita percayai berbanding orang lain. Cuma terpulang pada kita bagaimana untuk menguruskannya dan jangan sampai orang memandang serong.

Dalam kes Husam ini, beliau sudah beri penjelasan maka terpulanglah pada media dan bloggers untuk mengulasnya. Pada saya, artikel Husam ada benarnya, cuma ia disiarkan tidak kena pada masa dan ketikanya.

Di saat Tok Guru dirundung duka dan diserang kiri dan kanan, muncul pula artikel yang sedemikian rupa. Ianya dijadikan bahan pembakar pula oleh musuh-musuh Tok Guru. Minyak tanah yang sudah tumpah ke bumi sukar untuk kita kutip balik ke semuanya.

Maka mana-mana yang sudah terkena api, kita boleh padam dengan air. Tapi kesan yang sudah terbakar itu belum tentu boleh diubati. Kalau kulit manusia kita boleh buat plastic surgery, tapi kalau pokok dan akar yang terbakar, mana ada palstic surgery lagi.

Mengambil pengalaman dari peristiwa ini, kita sendiri haruslah membentuk fikiran yang positif dalam hal ini. Memang ada baik dan buruknya, tapi terpulanglah yang mana kita mahu ambil. Pada saya ambillah yang positif dan jangan digulaikan dengan pemikiran negatif, nanti jadi sakit mental pula.

Kecerdikan politik tidak cukup jika kita tidak cerdik dalam membaca persepsi. Rutin kita sudah begitu, tapi jangan sampai persepsi mempengaruhi kehidupan kita keseluruhannya. Biarlah politik itu berbicara, tapi kita harus berfikir dan terus berfikir sebelum membuka bicara

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: