Kalam Perantau

Icon

MISBAH BERSALAM DENGAN NYONYA ?

Gambar ini keluar dalam sebuah laman, kononnya saya bersalam dengan perempuan yang bukan muhrim. Timbul persepsi pimpinan PAS boleh menghalalkan apa sahaja kalau ia yang melakukannya dan haram kalau UMNO yang melakukan. Dalam blog tersebut turut dipaparkan gambar Mat Sabu yang berpegangan dengan seorang wanita tua yang layak dipanggil nenek atau opah.

Saya nak jelaskan kerana penulis blog dan pengunjung-pengunjungnya dalam ruangan komen memberi persepsi yang negatif terhadap gambar tersebut yang diambil dari blog saya sendiri.

Saya menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh di kampung Sungai Tiang Tengah, Bagan Datoh yang tidak jauh dengan kampung saya sendiri Sg. Tiang Darat. Perempuan Cina tersebut adalah isteri mangsa yang dibunuh, tangannya sakit dan sukar untuk diangkat kesan kena pukul oleh perompak. Saya lahirkan rasa simpati dan ucap takziah di atas insiden yang menimpanya.

Atas dasar simpati dan kemanusian saya menghulurkan sumbangan kepada perempuan Cina tersebut. tangannya tidak boleh diangkat untuk menerima sumbangan tersebut. Saya tidak menjamah dan memegang pun tangannya, saya sekadar menghulurkan sebuah sampul surat yang berisi sumbangan ke tangannya.

Saya mendapat maklumat dari rakan-rakan, kunjungan saya bersama pimpinan PAS kawasan yang lain rupanya menjadi buah mulut masyarakat Cina di situ terutama kaum keluarganya, mereka memuji langkah PAS yang menziarahi keluarga mangsa rompakan dan bunuh

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: