Kalam Perantau

Icon

Tahniah! Wan Nik SUP MB Kelantan yang baru

Oleh Rizal Tahir   

KOTA BHARU : Bekas anggota parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yusof, 49, dilantik sebagai Setiausaha Politik (SUP) Menteri Besar yang baru berkuat kuasa hari ini menggantikan Anual Bakri Harun.Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pusat Kajian Strategi Kelantan (PKS). Selain itu beliau juga Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat.

Wan Nik berkelulusan Sarjana Muda Sastera dalam bidang Sosiologi dan Antropologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1984.

Beliau juga memiliki sarjana dalam bidang Sains Politik di UKM pada 2005. Sekarang sedang menyiapkan tesis PhD juga dalam bidang Sains Politik.

Anak kelahiran Kampung Bukit Tanah, Pasir Puteh itu merupakan bapa kepada lima anak dan kini menetap di Kampung Nipah, Bachok. Isterinya seorang pendidik.

Ketika ditemui di pejabatnya Wan Nik berkata, jawatan yang disandang sekarang bukan suatu kedudukan yang perlu dibanggakan, sebaliknya penuh dengan cabaran.

“Saya perlu merujuk kepada Setiausaha Politik yang pertama, kedua atau ketiga yang lebih berpengalaman bagi memudahkan saya melaksanakan tugas,” ujarnya.

Wan Nik menggantikan Anual Bakri Haron yang telah menjadi Setiausaha Politik Nik Aziz sejak 1999.

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: