Kalam Perantau

Icon

Langgar kontrak: Rayuan angkasawan pertama batal saman didengar 15 Jan

KUALA LUMPUR, Jan 4 — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 15 Jan ini untuk mendengar rayuan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (gambar) terhadap keputusan mahkamah yang menolak permohonannya bagi membatalkan saman yang difailkan bekas pembantu peribadinya. Rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas.

Pada 27 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Madihah Harullah menolak permohonan Dr Sheikh Muszaphar selepas memutuskan bahawa saman yang difailkan bekas pembantunya, Norlina Nordin, mempunyai merit untuk dibicarakan.  Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 9 Feb ini.

Peguam Dzaki Ezhar Bahar yang mewakili Sheikh Muszaphar sebagai defendan dalam kes saman tersebut memberitahu media bahawa tarikh pengurusan kes itu ditetapkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen Mazni Julaihi selepas kes itu disebut di hadapannya.

Pada 25 Julai 2008, Norlina menfailkan saman terhadap Sheikh Muszaphar kerana mendakwa telah melanggar kontrak pelantikannya sebagai pembantu peribadi dan menuntut ganti rugi melebihi RM90,000.

Norlina dalam pernyataan tuntutannya mendakwa Sheikh Muszaphar tidak menjelaskan upah perkidmatan sebagai pembantu peribadinya seperti yang dipersetujui menerusi satu surat pelantikan pada 2 April tahun lepas.

Sheikh Muszaphar dalam pernyataan pembelaan menafikan pelantikan Norlina sebagai wakilnya dalam sebarang urusan perniagaan. — Bernama

Filed under: News, ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: