Kalam Perantau

Icon

Isu Allah selamatkan UMNO?

Oleh : Shuhaimi Al-Maniri

Tiba-tiba polemik baru, penggunaan nama Allah meletus semula ekoran keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan pada 31 Dis lepas bahawa berdasarkan Perkara 11 dan 12 dalam Perlembagaan Persekutuan, majalah Herald berhak menggunakan perkataan itu untuk tujuan tunjuk ajar dan pendidikan bagi penganut agama Kristian.

Keputusan itu dibuat ekoran permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh Ketua Biskop Tan Sri Murphy Pakiam pada 16 Feb 2009 mengenai penggunaan perkataan “Allah” dalam Herald dengan mendakwa bahawa perkataan “Allah” bukannya hak mutlak agama Islam. Beliau menamakan Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden

Kementerian Dalam Negeri menjelaskan bahawa larangan penggunaan perkataan “Allah” oleh majalah itu adalah untuk kepentingan keselamatan awam dan bagi mengelak salah faham dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam. Sekali lagi KDN mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyelesaian kontroversi berkenaan kalimah “Allah” tidak boleh dicapai dengan membuat rayuan kepada mahkamah rayuan dan lunas perundangan semata-mata.

Menurut beliau, undang-undang tidak mengambil kira soal sensitif atau tidaknya sesuatu, soal mencetuskan ketegangan dan permusuhan antara penganut-penganut agama yang berlainan.

“Undang-undang mengutamakan maksud undang-undang sahaja,” kata beliau yang pernah mengetuai portfolio Kementerian Dalam Negeri.

Bagi Dr. Muhamad Asri Zainal Abidin, bekas Mufti Perlis, bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman.

Satu Allah, 3 Agama

PAS mengambil pendirian “terbuka” dalam isu kontroversi terbaru dengan menegaskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

PAS memutuskan penggunaan perkataan “Allah” dibenarkan untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi. Bagaimanapun parti itu menegaskan penggunaan kalimah “Allah” secara salah dan tidak bertanggungjawab wajar dielakkan supaya ia tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

“PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat. “Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah sebagaimana yang dinyatakan dalam surah Al Imran ayat 64,” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas mesyuarat Lajnah Politik.

Sementara Ketua Penerangan PAS Pusat pula menegaskan PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan Herald akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Kata beliau, penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam. Perkara ini telah diakur sejak turun-temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Majlis Muafakat Pertubuhan Islam Kedah (Wehdah) hari ini mempersembahkan memorandum kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, selaku Ketua Agama Islam negeri ini, sebagai tanda bantahan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain.

Pengerusi Wehdah Mohd Azmi Abd Hamid berkata Wehdah mewakili 26 pertubuhan Islam di negeri ini, mempersembahkan memorandum itu sebagai rayuan kepada baginda supaya memberi perhatian serius terhadap isu berkenaan.

“Ini adalah harapan umat Islam, dengan rendah hati kami merayu supaya satu tindakan segera diambil untuk meredakan isu ini,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Elmi Yusoff di Wisma Darul Aman hari ini.

Dalam pada itu, satu yang melucukan adalah pertembunagan Ahli parlimen PAS, Khalid Samad (Shah Alam) dengan Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dalam isu nama Allah ini boleh cabar mencabar menerusi tulisan blog masing-masing.

Ternyata sekali dengan tercetusnya isu ini, UMNO yang terselamat untuk seketika. Beberapa isu besar yang melanda negara pada tahun 2009 telah tidak menjadi isu lagi. Sebaliknya yang tidak sepatutnya menjadi isu telah menyebabkan pertelagahan dua pemimpin pwertengahan Pakatan Rakyat. 

Saya pun hairan bagaimana Zulkifli Nordin  boleh menilai tindak tanduk Khalid Samad  tidak sesuai dengan PAS dan berpendapat berpendapat sikap dan tindak-tanduk Khalid lebih sesuai untuk beliau duduk bersama dengan DAP.

Pada saya tidak wajar, Zulkifli meminta Khalid menyertai DAP dengan keluar PAS. Begitu juga, Khalid mendesak Zulkifli keluar PKR dan menyertai PAS kerana bertelagah pendirian masing-masing dalam isu penggunaan nama Allah. 

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Most Popular, Siasah, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: