Kalam Perantau

Icon

Pas Kedah tidak ‘cah keting’ – Azizan

ALOR SETAR – Budaya ‘cah keting’ atau cantas-mencantas tidak wujud dalam kalangan pemimpin Pas di negeri ini, kata Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Beliau yang juga Menteri Besar berkata, jika budaya berkenaan berlaku di negeri ini, ia adalah di luar pengetahuannya.
Katanya, Pas yang menerajui kerajaan negeri mengamalkan sikap berbaik-baik dengan semua pihak termasuk dengan Kerajaan Persekutuan.

‘Cah keting’ tiada, Kedah duduk cah pokok keladi adalah,” katanya yang berseloroh apabila diajukan pertanyaan sama ada budaya ‘cah keting’ berlaku di dalam Pas di negeri ini.

Beliau ditemui pemberita selepas Istiadat Menyembah Tahniah dan Penganugerahan Darjah-Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang Ke-82 di Istana Anak Bukit di sini hari ini.

Pada istiadat itu, Azizan dianugerahkan bintang Jaksa Pendamai (JP).

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka mengakui wujud budaya ‘cah keting’ dalam Pas sehingga menimbulkan kepincangan dalam parti tersebut.

Mengulas lanjut, Azizan berkata, sepanjang pengetahuannya tiada ahli Pas negeri yang ingin ‘mencantasnya.’
Beliau juga secara berseloroh mencabar mana-mana pihak yang berani mengamalkan budaya berkenaan untuk bersemuka dengannya.

“Nak buat marilah kalau berani,” katanya

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: