Kalam Perantau

Icon

Pelancaran Bolasepak Piala Dato’ Seri Nizar

Dato’ Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin selaku Presiden PAFA akan melancarkan pertandingan Piala Dato’ Seri Nizar dengan melakukan ‘kick off’ pada jam 4.30 petang, Sabtu (16/1/10) sebelum perlawanan sebenar bermula di antara pasukan Melayu Perak mln LMS ‘A’ United.Majlis pelancaran akan diadakan di Stadium Perak dan kesemua peminat-peminat bolasepak Perak adalah dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Lain-lain perlawanan adalah seperti berikut jam 4.30 petang: Ipoh ‘C’ vs Kuala Kangsar ‘A’ di Padang Sultan Abdul Jalil, Ipoh ‘A’ vs Batu Gajah di Padang Ipoh ‘A’ dan Ipoh ‘B’ vs Slim River di Padang PCRC.Manakala 4 lagi perlawanan yang akan diadakan pada hari Ahad (17/1/10) jam 4.45 petang ialah seperti berikut: LMS ‘B’ Harimau vs Kerian ‘A’ di Padang Esplanade, Taiping, India Perak vs Batang Padang di Padang Ipoh ‘A’, Kerian ‘B’ vs Kuala Kangsar ‘B’ di Padang Majlis Daerah Kerian dan Hilir Perak vs Manjung di Mini Stadium, Teluk Intan.Semoga pertandingan bolasepak Piala Dato Seri Nizar ini akan lebih memeriahkan arena sukan dinegeri Perak serta dapat mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili pasukan negeri Perak suatu hari nanti.

Sekalung tahniah dari saya kepada Dato Seri Nizar yang memacu sukan bolasepak negeri menerusi PAFA serta para pegawai dan petugas yang melahirkan dan seterusnya menjayakan pertandingan berprestij ini.Juga tidak lupa kepada pemain-pemain yang mewakili pasukan masing-masing dalam membawa semangat berpasukan dan kesukanan dinegeri Perak yang tercinta ini.

Sumber : http://dppperak.blogspot.com/2010/01/pelancaran-bolasepak-piala-dato-seri.html

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: