Kalam Perantau

Icon

Kerajaan Pakatan tiada hak?

Kenapa SPR tak minta kerajaan pinda undang-undang biar Pengerusi SPR je boleh bubar parlimen dan DUN mengikut tarikh yang ditetapkanKalam Perantau 

Oleh ZULKIFLI JALIL
utusanputrajaya@utusan.com.my 

PUTRAJAYA 18 Jan. – Kerajaan-kerajaan negeri campuran parti pembangkang tiada kuasa mengisytiharkan sendiri pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berlainan dari tarikh pembubaran Parlimen. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Menteri Besar atau Ketua Menteri hanya memperakukannya tetapi kuasa mutlak di tangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sahaja.

“Katakan Selangor dan Pulau Pinang hendak mengadakan pilihan raya negeri sendiri, dalam soal ini kedua-dua negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan DUN.

“Ini kerana kuasa mutlak membuat keputusan terletak pada perkenan Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri, sama juga seperti berlaku di Perak tempoh hari yang mana DUN tidak boleh dibubarkan tanpa perkenan Sultan Perak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, BN negeri tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih awal. Abd. Aziz bagaimanapun berkata, setakat ini SPR belum menerima sebarang pandangan, permintaan atau cadangan rasmi daripada parti-parti pembangkang yang menguasai empat negeri berhubung ura-ura untuk menjalankan pilihan raya negeri yang berasingan daripada pilihan raya umum.

“Setakat ini kita hanya mendengar desas-desus atau spekulasi yang diuar-uarkan menerusi media mengenai kemungkinan Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan sendiri pilihan raya negeri,” katanya. Menurut beliau, implikasi yang dijangkakan oleh SPR sekiranya negeri-negeri tadbiran campuran pembangkang berbuat demikian ialah kemungkinan ia mengakibatkan kesukaran untuk mengawal kelancaran proses pilihan raya.

“Ia akan menelan belanja besar, malah kemungkinan dari aspek kawalan keselamatan dan ketenteraman awam sukar dikendalikan kerana para penyokong parti-parti bertanding akan bergerak dari satu negeri ke satu negeri untuk menunjukkan kekuatan,” katanya.

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: