Kalam Perantau

Icon

Takziah! Sultan Johor, Sultan Iskandar mangkat

Kalam Perantau ingin mengucapkan takziah kepada kerabat Diraja Johor dan seluruh rakyat Johor diatas kemangkatan almarhum Sultan Iskandar. Semoga Allah mencucuri rahmat almarhum.

Oleh Harakahdaily    

KUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS merakamkan ucapan takziah kepada kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail semalam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, PAS mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh baginda bersama orang-orang yang soleh.
“Seluruh kepimpinan dan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada KDYMM Sultan Johor dan kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada hari Jumaat 22 Januari 2010.

“Patik sekalian berdoa moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan baginda di kalangan orang-orang yang soleh,” katanya.

Di KOTA BHARU, Kerajaan Kelantan mengucapkan takziah kepada kerabat Diraja Johor, di atas kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, siang tadi merafak takziah bagi mewakili kerajaan negeri Kelantan.

Menurutnya, sememangnya sebagai seorang manusia, bila tiba waktunya akan dijemput Allah bila tiba waktunya.

“Saya selaku Menteri Besar Kelantan, mengucapkan takziah kepada semua Diraja Johor di atas kemangkatan baginda.

“Marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT Tuanku diampuni dosa baginda,” ujarnya yang juga Mursyidul Am PAS.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan keluarga diraja bertenang menghadapi kehilangan insan yang tersayang.

Tambahnya, apa yang penting umat manusia perlu yakin walaupun begitu lama mereka hidup di dunia dengan pelbagai pangkat dan darjat, namun bila dijemput Allah, semuanya akan kembali.

Selain itu, PAS negeri Johor juga turut merafak takziah kepada kerabat Diraja Johor di atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar.

“Saya bagi pihak PAS negeri Johor, mengucapkan banyak-banyak takziah kepada keluarga Diraja Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

“Saya juga memohon doa moga-moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda,” kata Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Bin Mohamad.

Beliau berkata demikian sewaktu dihubungi ketika sedang dalam perjalan ke istana untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum pagi tadi.

Pada masa sama, beliau turut merakam ucapan tahniah kepada Tengku Ibrahim Ismail telah dimasyhurkan secara rasminya sebagai Sultan Johor dalam pengumuman yang dibuat oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di Singgahsana Istana Besar Johor Bahru pada 10.31 pagi tadi.

“PAS Johor juga mengucapkan tahniah kepada Tengku Ibrahim yang telah ditabal sebagai Sultan Johor yang baharu.

“Semoga beliau akan memerintah Johor dengan penuh keadilan, kesaksamaan dan mementingkan kesejahteraan rakyat jelata seperti Almarhum Ayahanda baginda,” katanya.

Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada pukul 7.15 malam tadi di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru selepas dimasukkan ke hospital itu semalam kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di sini, malam tadi. Jenazah Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada pukul 2 petang hari ini.

Rakyat jelata boleh memberikan penghormatan terakhir di Istana Besar dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi sementara orang kenamaan dari pukul 11 pagi hingga petang

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: