Kalam Perantau

Icon

Menanti 9hb. Februari: Zambry makin Gelabah, Benarkah Nizar kekal MB?

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Hari ni, 2hb. Februari. 2010 dateline untuk saya menghantar rencana saya. Terlalu banyak isu yang menarik untuk disorot pada minggu ini. Sekurang-kurangnya 3 isu yang menarik perhatian saya, iaitu keputusan siapakah Menteri Besar perak yang sah – Nizar atau Zambry?, kedua berhubung dengan perbicaraan kes liwat Anwar-Saiful, selain perkembangan politik Pulau Mutiara yang semakin bergelora.

Diantara ketiga-tiga isu ini, saya lebih berminat untuk mengikuti kes politik Perak yang belum selesai sejak setahun yang lepas ekoran rampasan kuasa dilakukan pada awal Februari, 2009. Berbagai-bagai spekulasi dalam internet khususnya daqlam beberapa blog berhubung keputusan kes ini. Ada yang mengatakan ianya sekali lagi memihak kepada Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin kerana beliau tidak pernah meletakkan jawatan atau membubarkan DUN atau kalah dalam undi tidak percaya dalam DUN yang membolehkan kerusi berkenaan kosong.

Saya tidak pasti, kenapa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memilih 11hb. Mei, 2009 yang sinonim dengan tarikh kelahiran UMNO mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari 2009 lalu.

Tetapi keputusan itu bertahan tidak sampai sehari bila Dr. Zambry mengemukakan rayuan untuk menangguhkan keputusan tersebut. Apakah keputusan Mahkamah Persekutuan kali ini bagi menentukan rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengesahkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah? Tunggu pada 9hb. Februari, 2010

Kenapa Zamri cabar 28 ADUN PKR kosongkan kerusi?

Saya tidak faham apa logik Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir mencabar, 28 ADUN pembangkang (DAP-PKR-PAS) mengosongkan 28 kerusi yang dimenangi mereka bagi membuktikan sama ada mereka masih popular atau tidak?

Apakah ini tidak membazirkan duait rakyat untuk mengadakan pilihanraya 28 kerusi DUN sahaja untuk sekadar membuktikan mereka masih popular atau tidak. Cabaran ini menampakkan kecelaruan fikiran Menteri Besar Perak dalam berhadapan dengan situasi tidak menentukan di Perak sejak setahun yang lepas.

Jika Dr. Zambry kemaruk sangat untuk membuktikan populariti dikalangan rakyat, BN atau PR tidak perlu kosongkan kerusi kerana mereka telah dipilih secara sah oleh rakyat dalam pilihanraya yang lepas.

Yang perlu mengosongkan kerusi adalah 3 ADUN Bebas dari Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang dipilih diatas tiket PKR dan DAP  untuk menentukan sama ada BN atau PR yang diterima oleh rakyat bagi membentuk kerajaan kerana kerusi BN dan PR sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi.

Ini adalah jalan yang terbaik dalam menyelesaikan kekusutan yang berlaku dalam politik Perak sekarang ini. Kedua-dua pihak sama ada BN atau PR perlu akur dengan keputusan rakyat dalam menentukan pemerintahan kerajaan negeri Perak.

Jika perkara ini tidak diselesaikan secara tuntas, selama itulah kerajaan Dr. Zambry tidak akan tenteram dalam pemerintahannya.  Manakan tidaknya, kerajaan Dr. Zambry tidak dibina diatas pilihan rakyat yang sesah, yakni dipilih melalui pilihanraya.

Sejarah telah merakamkan bahawa kerajaan Dr. Zambry dibina melalui satu rampasan kuasa yang dilakukan secara terang-terangan oleh Datuk najib Tun Razak ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi UMNO dan BN Perak.

Sekarang ini cukup susah untuk Najib Tun Razak apatah lagi Dr. Zambry untuk memerintah satu  Perak (1Perak) sebab rakyat tidak dapat menerima kerajaan yang ada ini sepenuhnya Sekarang ini ada dua orang Menteri Besar dan dua orang Speaker.

Cuma rakyat Perak belum lagi sampai ke tahap melantik dua orang Sultan seperti yang pernah berlaku di Kelantan sebelum ini. Jika ini berlaku bermakna, negeri Perak menjadi haru-biru disebabkan tidak ikut peraturan perlembagaan dalam membentuk kerajaan negeri.     

Pakar-pakar perlembagaan tetap menyatakan apa yang berlaku di Perak adalah sungguh malang bagi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia. Sementara itu, Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mengeluarkan kenyataan media mencabar kerajaan Dr. Zambry pada hari ini (2hb. Februari) seperti berikut;

  1. Kenyataan MB Kudeta tersebut adalah tidak masuk akal, kebudak-budakan dan mempamerkan kebodohan dan sikap tidak menghormati undang-undang yang sedia ada. Tidakkah Zambry faham bahawa persoalan bubar DUN yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat adalah secara keseluruhan dan melibatkan semua ADUN. mencabar kami ADUN PR untuk meletakkan jawatan hanyalah kenyataan orang yang ketakutan dan sayangkan kerusi sendiri. 
  2. Sebenarnya sekiranya BN berani mencabar Pakatan Rakyat sebenarnya Zambry juga mestilah berani untuk tampil sebagai jaguh untuk sedia menerima saranan banyak pihak termasuklah dari pimpinan BN sendiri supaya membubarkan DUN Perak. Sekiranya DUN Perak dibubarkan barulah jantan namanya dan semua pihak akan diuji adakah diterima atau ditolak oleh rakyat. 
  3. Selain itu saya juga ingin mempersoalkan siapakah yang telah mempengaruhi SPR sehingga melakukan keputusan dengan menolak permohonan Speaker V. Sivakumar bagi mengosongkan DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang. Malah seperti kenyataan saya sebelum ini, inilah “ibu segala maksiat” yang mnyebabkan krisis di Perak jadi “haru bitu”. SPR telah bertindak diluat bidang tugasnya dengan mempertikaikan surat perletakan jawatan 3 katak dan jelas semacam dia telah dipengaruhi oleh pihak lain. 
  4. Kerana itu kalaulah isu mengosongkan DUN itu dianggap penting BN mestilah berani untuk bertanding di 3 DUN tersebut. Tambahan pula ianya akan menjimatkan perbelanjaan seperti yang digembar-gemburkan oleh BN. 
  5. Kenyataan Zambry juga menampakkan BN yang terus berdegil untuk mempertahankan kuasa haram yang dirampas sejak 6 Februari 2009. Saya rasa ianya tidak mengejutkan kerana itulah yang rakyat sedia maklum.
  6.  Apapun alasan dan kenyataan adalah berpunca dari kerakusan dan jenayah BN yang merampas kuasa di Perak. Maka bersempena dengan setahun tragedi rampasan kuasa itu pada 6 Februari ini , saya dengan ini menyeru kepada seluruh rakyat Perak untuk terus bertenang dan mendoakan sesuatu kebaikan dan rahmat yang Allah akan anugerahkan kepada Negeri Perak yang kita cintai.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: