Kalam Perantau

Icon

Tahniah! Shamsul Azhar Presiden, CEO baru Petronas

Sumber: Bernama

KUALA LUMPUR: Datuk Shamsul Azhar Abbas, bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC Bhd, dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baru berkuatkuasa 10 Februari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataan media, berkata Shamsul Azhar juga dilantik memangku jawatan Pengerusi Lembaga Petronas.

Shamsul Azhar, 57, akan menggantikan Tan Sri Mohd Hassan Merican yang tamat tempoh kontrak perkhidmatannya pada 9 Februari ini.

Najib berkata, Shamsul Azhar berpengalaman luas dalam industri petroleum negara.

Jawatan terakhir yang disandang beliau adalah sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MISC antara 2004 hingga 2009.

Shamsul Azhar mula berkhidmat dengan Petronas pada 1974 dan pernah memegang beberapa jawatan kanan, termasuk Naib Presiden Perniagaan Minyak, Naib Presiden Petrokimia, Naib Presiden Eksplorasi (Huluan) dan Naib Presiden Maritim dan Logistik.

“Saya yakin beliau mempunyai kelayakan, kewibawaan dan pengalaman untuk membawa kejayaan yang berterusan kepada Petronas,” kata Perdana Menteri dalam kenyataan itu.

Najib berkata, kerajaan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan besar Hassan kepada negara dan industri petroleum, selaku Pemangku Pengerusi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas sejak 1995.

Hassan mula berkhidmat dengan Petronas sejak 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif pada 1995.

Beliau kemudian menyandang jawatan Pemangku Pengerusi pada 2004 hingga sekarang.  “Semasa tempoh perkhidmatan beliau, Petronas telah diiktiraf sebagai sebuah syarikat yang bereputasi dan berprestasi tinggi yang mendapat penarafan sebagai satu-satunya syarikat Fortune 500 di negara ini.

“Beliau juga telah berjaya membawa Petronas ke pasaran luar negara dan dapat bersaing dengan syarikat minyak gergasi yang lain,” katanya.

Dengan pengalaman yang luas ini, Perdana Menteri berharap Hassan akan terus menyumbang pengetahuan dan pengalaman beliau kepada pembangunan negara terutamanya dalam bidang tenaga. – Bernama

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: