Kalam Perantau

Icon

Penentuan MB Perak hari ini (9/2/10)

TERKINI dari Kalam Perantau: Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan memihak kepada Dr. Zambry sebagai Menteri Besar pada jam 11.00 pagi tadi.

PUTRAJAYA – Teka-teki siapakah yang menerajui Perak, akan terjawab apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusannya, esok. Pada hari berkenaan, panel lima hakim, yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, akan mengumumkan keputusan sama ada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir daripada Bar:isan Nasional (BN) kekal sebagai Menteri Besar atau Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-PKR-Pas, mendapat semula jawatan itu.

Penghakiman itu juga akan merungkai isu Perlembagaan sama ada ketua negeri boleh membuat pertimbangan dengan mengatasi undang-undang sedia ada, dalam menentukan sama ada ketua kerajaan telah hilang kepercayaan daripada majoriti wakil-wakil yang dipilih.

Selain Alauddin, panel hakim berkenaan dianggotai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Ini rayuan peringkat terakhir bagi Mohammad Nizar dalam cubaannya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar Perak. Bagaimanapun, pihak yang kalah dalam sesuatu kes mahkamah, boleh memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula penghakimannya mengikut Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan bagi mencabarnya berdasarkan hujah daripada sudut Perlembagaan.

Panel hakim itu menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Konflik berkenaan siapakah yang berhak menjadi Menteri Besar Perak, timbul tahun lalu apabila tiga wakil rakyat daripada pakatan DAP-PKR-Pas meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil Bebas dan menyebabkan kedua-dua pihak mempunyai jumlah kerusi yang sama iaitu 28, dalam Dewan Undangan Negeri Perak yang mempunyai 59 kerusi.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering), yang meninggalkan PKR pada 30 Januari dan mengisytiharkan diri sebagai anggota Bebas yang menyokong BN. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP mengikut jejak mereka empat hari kemudian.

Berikutan perkembangan itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menitahkan Mohammad Nizar, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pasir Panjang itu, supaya melepaskan jawatan Menteri Besar dan menitahkan Dr Zambry mengangkat sumpah menduduki kerusi itu Februari tahun lalu, setelah mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Pada 13 Februari tahun lalu, Mohammad Nizar, 52, mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan perisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah dan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Zambry daripada menunaikan tugas sebagai Menteri Besar.

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut Perlembagaan. – Bernama

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: