Kalam Perantau

Icon

Pengaruh Nizar masih kuat – Presiden PAS

SHAH ALAM, 11 Feb – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih mempunyai pengaruh dan menjadi pilihan rakyat meskipun Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan beliau bukan Menteri Besar Perak yang sah.

Katanya, kepimpinan yang diterajui Mohammad Nizar masih lagi kukuh memandangkan ia adalah pilihan rakyat yang mengundi beliau dan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) lain dalam Pilihan Raya Umum ke-12, Mac tahun lalu.

”Dalam menghadapi suasana sebegini, Pas meminta seluruh rakyat Perak yang cintakan keamanan dan keadilan supaya bertenang dan mengelakkan diri dari terlibat dalam sebarang provokasi yang mungkin dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu.

”Pihak kepimpinan tertinggi Pas pula akan berbincang dalam masa terdekat ini untuk mengambil langkah strategik yang perlu dalam menghadapi suasana ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, peristiwa hitam itu tidak patut melemahkan semangat juang dalam kalangan pemimpin dan anggota parti dalam usaha mendapatkan keadilan sebenar.

”Teruskanlah gerak kerja jentera parti di seluruh Perak dan negara dan bangkitlah dengan semangat baru yang membara untuk meneruskan cita-cita perjuangan Pas selama ini,” katanya.

Mahkamah Persekutuan kelmarin memutuskan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah adalah sah dan menolak rayuan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Sumber : Sinar Harian Online

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: