Kalam Perantau

Icon

Presiden Ziarah Mangsa Kebakaran

Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang telah mengziarahi Mangsa kebakaran di Jalan Pantai, Seberang Marang pada 30.01.2010. Beliau diiringi oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang merupakan setiausaha politik kepada Presiden PAS itu yang kebetulan berada di Terengganu..

Dalam kejadian pada tengahari tersebut Abdul Aziz Mamat telah kehilangan sebuah rumah yang musah samasekali dijilat api.

Antara barangan yang turut musnah dalam kebakaran itu ialah dua buah peti ais, televisyen, dua buah mesin basuh dan mesin jahit serta kelengkapan rumah seperti set kerusi, set katil dan almari.

Sementara itu, Pegawai Kanan Bomba Zakaria Ismail ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, pihaknya mendapat maklumat me�ngenai kejadian itu daripada orang awam pada jam 12.40 tengah hari sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Sekumpulan lapan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Daerah Marang kemudiannya terlibat dalam operasi ini. Namun apabila sampai di lokasi, 80 peratus daripada kediaman ini telah musnah akibat struktur kediaman yang diperbuat daripada kayu dan tinggal berhampiran pantai.

“Kita berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit daripada terus merebak ke kediaman berhampiran,” katanya.

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: