Kalam Perantau

Icon

PILIHANRAYA KE-13 : PAS SABAH SEDIA TANDING 9 KERUSI PARLIMEN DAN 15 KERUSI DUN

KOTA KINABALU : Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah dalam satu mesyuarat di Keningau telah  memutuskan PAS Sabah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya yang akan diadakan bila-bila masa.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pesuruhjaya PAS Sabah Muhamad Abdullah, keputusan mesyuarat tersebut menyebut PAS Sabah telah sebulat suara untuk bertanding di 9 kerusi parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah pada pilihanraya ke-13 nanti.

Tanpa menamakan kerusi-kerusi yang akan ditandingi, PAS  dijangka akan mengekalkan kerusi tradisi seperti Merotai dan Sukau disamping Karambunai, Tanjong Aru, Pantai Manis, Gum-Gum, Sekong, Tanjong Batu, Balung dan beberapa lagi kerusi yang akan dinyatakan kemudian. PAS juga dijangka akan bertanding di parlimen Kalabakan, Batu Sapi, Kota Belud serta beberapa kerusi parlimen yang lain.

Badan Perhubungan PAS Sabah juga telah mengenalpasti calon-calon berpotensi yang mempunyai pelbagai latarbelakang profesionalisme serta kemantapan ilmu agama yang boleh diterima masyarakat dan rakyat negeri ini. PAS Sabah berpendapat bahawa kriteria penting dalam pemilihan calon akan dilihat dari sudut kefahaman dan kemantapan ilmu agama kerana ia mampu membendung gejala lompat parti jika seseorang calon tersebut terpilih memenangi sesuatu kerusi yang ditandinginya.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah berkata PAS tidak mahu melihat trend melompat parti sebagaimana yang menjadi budaya yang telah berakar umbi dikalangan beberapa wakil rakyati negeri ini dan di negeri-negeri tertentu di Semenanjung sehingga mengucarkacirkan pentadbiran sesebuah kerajaan, serta mengkhianati amanah rakyat, merebak dan menjalar kedalam PAS.

“Sebab itu PAS meletakkan syarat berbaiah iaitu untuk tidak mengkhianati Allah dan Rasulnya sebelum seseorang dipilih untuk menjadi calon dalam mana-mana pilihanraya yang ditandingi oleh PAS,” katanya.

Beliau selanjutnya berkata, “kita bersyukur kepada Allah kerana semua ahli Yang Berhormat dari PAS tidak mudah dipengaruhi dengan pujukan pihak-pihak yang tidak beretika untuk melompat keparti lawan”.
 
Badan Perhubungan PAS Sabah juga sedang dalam rangka membentuk jawatankuasa kajian manifesto. Banyak isu-isu penting serta dokumen yang bernilai bakal dipersembahkan kepada rakyat negeri ini untuk dipertimbangkan supaya tidak berbelah bagi dalam menyokong perjuangan PAS.

Apa yang penting ialah rakyat menilai manifesto PAS yang meletakkan hak dan warisan  mereka yang semakin terhakis sebagai fokus utama dalam menentukan undi mereka pada pilihanraya ke-13 ini.

PAS akan berjuang unntk mengembalikan tanah-tanah adat yang telah dirampas dan dibolot oleh kroni-kroni Barisan Nasional. PAS juga akan memastikan supaya kampung-kampung tradisi dikekalkan dan diberikan hakmilik geran kampung.
 
Walaupun PAS menyedari bahawa Pakatan Rakyat semestinya mempunyai satu manifesto bersama, tetapi PAS juga akan memperjelaskan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang rasional disebalik manifesto tambahan itu.

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: