Kalam Perantau

Icon

KUIZM bakal beroperasi Julai ini

Oleh Hazayani Zakaria  

KUALA LUMPUR : Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) milik PAS akan mengambil pelajar sulung pada sesi Julai nanti apabila bangunan yang didirikan di Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar siap sepenuhnya,  kata Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Bercakap dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini pagi tadi, beliau memberitahu institusi pengajian tinggi (IPT) yang ditubuhkan oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) itu telah mendapat pengiktirafan daripada universiti-universiti di Indonesia.

“Tempoh masa pengajian selama tiga tahun untuk mendapatkan diploma dan kemudian boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti di Indonesia. Kita telah pun mendapat pengiktirafan daripada universiti di Indonesia,” katanya.

KUISM di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi (LKPIPT) buat permulaannya akan menawarkan dua program iaitu Diploma Muamalat dan Kewangan Islam serta Diploma Dakwah dan Komunikasi.

KUISM menawarkan kemasukan kepada pelajar-pelajar berkelulusan Sijil Menangah Ugama/Agama (SMU/SMA) dan / atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

Manakala yang tidak mempunyai kelulusan tersebut boleh dipertimbangkan melalui ujian kelayakan yang akan diadakan.

Yuran pengajian pula ialah sebanyak RM1, 500 setiap satu semester.

Mahfodz yang juga Pengerusi Lembaga Khas Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi bagi PAS (LKPIPT) juga berkata, idea penubuhan IPT di bawah seliaan sudah timbul pada tahun 80-an namun baru menjadi kenyataan pada tahun 2006 apabila PAS menubuhkan LKPIPT dan idea penubuhan IPT diluluskan oleh PAS Pusat pada 2008.

Nama KUISM ini dipilih bersesuai dengan satu nama besar dalam perjuanagn gerakan Islam dan pendidikan Islam negara iaitu Allahyarham Prof Zulkifli Muhammad, yang merupakan tokoh politik dan pendidikan Islam.

Beliau yang  merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS pada 1956 dan Ahli Parlimen PAS Kawasan Bachok, Kelantan pada tahun 1959-1964 terkorban dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Sebagai tokoh pendidikan Islam, beliau telah mencadangkan dan dengan gigih mengusahakan penubuhan Kolej Islam Malaya 1953, juga sebagai pencetus idea penubuhan

Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (Nilam Puri) pada 1965.

Penubuhan KUISM, menurut Mahfodz mempunyai beberapa objektif antaranya membuka peluang kepada masyarakat Malaysia untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan akidah supaya dapat menangkis segala salah faham terhadap Islam.

Selain itu, KUISM juga bermatlamat melahirkan golongan intelektual dan profesional Islam yang boleh memimpin dan memberi sumbangan sebagai pendidik, pendakwah, pentadbir, dan pengurus.

Kampus tetap KUIZM di Taman Melewar sedang giat dijalankan dan akan menelan belanja awal sebanyak  RM1.5 juta.

Pembinaanya termasuk asrama untuk penempatan pelajar teutamanya untuk pelajar perempuan.

Sehubungan itu, Mahfodz menyeru kepada mana-mana pihak yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan.

Sumbangan wang boleh disalurkan terus ke akaunBank Islam 14041010074783 atas nama Akademi Pendidikan Zulkifli Muhammad.

Menyentuh mengenai tenaga pengajar, Mahfodz berkata, mereka terdiri daripada pensyarah dari universiti tempatan dan akan diambil sama ada untuk sepenuh masa atau secara sambilan.

Setakat ini, KUISM belum menjalinkan kerjasama dengan universiti tempatan bagi menunjukkan PAS juga mampu menubuhkan IPT sendiri.

“Institusi ini pun sama dengan universiti lain. Cuma buat permulaan ini kita belum ada buat hubungan dengan universiti lain kerana kita nak menunjukkan bahawa PAS boleh menubuhkan universiti.

“Mungkin selepas setahun atau dua tahun kita akan buat kerjasama dengan universiti lain khususnya yang ada pengajian Islam seperti Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, dan lain-lain,” katanya.

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah Rektor KUISM, Dr Shahbudin Ngah dan Setiausaha Kerja MPPK, Ustaz Wan Ahmad Rasyidi Othman

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: