Kalam Perantau

Icon

Inilah dia Duta Penyelamat dan Kasih sayang

Konvensyen Jabatan Amal 2010

Kepada seluruh warga Jabatan Amal Malaysia agar senantiasa bersedia untuk turun ke medan bagi melunaskan slogan Al A’malulillah [ Amal Kerana Allah ] tanpa sebarang alasan dan dolak dalih biarpun sukar dan getir . Kalian adalah Duta Penyelamat dan Kasih Sayang .

Anugerah ini bukan kemuliaan tetapi amanah yang sedang dibebankan di bahu kalian . Mohonlah petunjuk dan kekuatan dari Allah swt agar kalian mampu melaksanakan tugas dan tangunggajawab dengan jaya dan berkesan .

Anugerah ini juga sebagai motivasi untuk kalian terus gigih dan thabat mendepani apa jua cabaran dan halangan demi berkhidmat kepada masyarakat semata – mata kerana Allah swt . Biar dimaki dan dicaci namun kalian mesti terus cekal memberi kebajikan justeru ia adalah antara asas perjuangan kita .

Sejurus disemat bintang Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Amal ini , bermakna kalian sedang memikul amanah perjuangan yang maha berat . Awas jangan sampai kecundang justeru itu berhati – hati melangkah dan jayakan tema kita ” Memasyarakatkan Amal ” . Kini Jabatan Amal bukan sahaja menjadi milik Dewan Pemuda PAS Pusat tetapi juga menjadi milik masyarakat awam terutamanya masyarakat tertindas dan marhaen .

Perjuangan yang kita dokong ini penuh dengan pengalaman suka duka . Gandingkan pengalaman semalam yang cemerlang dan gemilang bersama penemuan – penemuan baru yang bakal diteroka agar ia memberi nilai tambah yang berprestij buat Jabatan Amal . Setelah kita bangga meriwayatkan sejarah kejayaan senior kita di hari – hari silam , marilah kita mengorak langkah mencipta sejarah kita sendiri pada hari ini agar ia pula menjadi kebanggaan generasi kita yang akan datang .

Sungguh kita berjuang hari ini dengan segala keupayaan dan kemudahan , namun kita tidak lepas dari menimba pengalaman serta tunjuk ajar orang – orang terdahulu bagi mencipta kehebatan kualiti , prestasi dan reputasi kita hari ini dan masa depan .

Banyak sungguh perbedaan pandangan dan banyak juga masaalah yang dihadapi , namun kita semua bertekad akan menyatukan saff kita , melupakan soal remeh temeh yang hanya mengganggu kelancaran kita bertindak , fokus kepada hadaf dan ghayah kita serta tekad untuk senantiasa memperbaiki kelemahan , kekurangan dan memperbetulkan kesilapan kita dalam usaha memburu kesempurnaan .

Hubungan kita bagai air yang dicincang tiada putusnya . Tegur menegur dan nasihat menasihati menjadi rasmi kita berjamaah . Yang ditegur segera insaf dan yang menegur tidaklah ego sebaliknya teguran yang bersulam semangat mahabbah dan ingin lihat Jabatan Amal terus hebat di mata dunia dan mendapat pengiktirafan di sisi Allah swt.

Kami akan terus mewaqafkan diri buat perjuangan suci ini . Kami sedar ianya sukar dan kami insaf yang ianya susah namun kami tiada pilihan melainkan terpaksa mengorbankan apa yang ada pada diri kami demi melihat Islam terus mara dan perjuangan ini terus berlangsung . Tiada kenal kami akan penat dan lelah sebagaimana tiada pula istilah kalah dalam diari perjuangan kami . Samaada menang atau syahid itulah slogan perjuangan yang kami semat di sebalik pingat dan anugerah .
Bersiap siaga menerima arahan dan berwaspada mendepani karenah politik dan cabaran semasa. Kami sedia dengar dan taat dan memberikan sepenuhnya wala’ buat perjuangan suci ini dan thiqah yang tiada belah bahaginya selama mana ia berlandaskan perjuangan an Nabawi dan tidak pula menyalahi nas syara’ .

Kami langkah maju kehadapan tanpa lagi menoleh ke belakang jauh sekali berpaling meninggalkan perjuangan . Insyaallah , demikianlah azam kami Jabatan Amal Malaysia untuk senantiasa berkhidmat Kerana Allah swt . Pada masa yang sama kami juga akan memastikan Jabatan Amal senantiasa segar dan hidup di hati masyarakat dengan kreativiti yang menarik dan pro aktif melepasi sempadan penat , bosan , jemu , malas dan jumud

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: