Kalam Perantau

Icon

Tunai amanah jangan khianat

  1. Wakil rakyat samaada di peringkat parlimen mahupun dewan undangan negeri adalah pemegang amanah rakyat melalui mandat yang diberikan dalam pilihanraya . Selain mewakili parti yang didokong , ia juga mewakili rakyat untuk diperjuangkan hak dan masa depan mereka .
  2. Tidak mudah untuk rakyat membuat keputusan lalu memberi undian atau sokongan majoriti kepada sesuatu parti dan wakilnya yang bertanding dalam pilihanraya melainkan ia adalah keputusan nekad penuh harapan dan kerpercayaan agar pemenangnya benar – benar memperjuangkan hak dan nasib mereka serta melakukan perubahan berasaskan manifesto parti yang diwakilinya .
  3. Perbuatan meninggalkan parti yang diwakili setelah menang sebagai ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri ekoran mandat yang telah diberi oleh rakyat adalah merupakan satu tindakan yang mengkhianati amanah parti dan juga kepercayaan rakyat .
  4. Parti telah memberikan amanahnya kepada seseorang sebagai wakil untuk turun bertanding di medan pilihanraya bagi meraihkan sokongan dan kepercayaan rakyat berasaskan prinsip perjuangan parti dan jua manifestonya . Seseorang yang diwakilkan itu pula diharapkan dapat membawa mesej dan risalah yang diperjuangkan oleh parti yang diwakili kepada rakyat dan melaksanakan hasrat parti tersebut jika menang ke parlimen ataupun dewan undangan negeri .
  5. Justeru itu calon yang mewakili parti diberikan wathiqah sebagai kepercayaan parti kepadanya dan calon itu juga diminta untuk bersumpah [berjanji] taat setia kepada perjuangan parti agar dasar dan prinsip perjuangan parti yang suci tidak dikhianati . Khianat merupakan jenayah yang sukar untuk dimaafkan sementara sifat orang – orang yang beriman pula ialah mentaati perjanjian yang telah dimeterai.

Sesungguhnya Allah swt telah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada yang berhak [ ahlinya ] .surah an Nisaa’ : 58

Wahai orang – orang yang beriman , jangan kamu khinati Allah dan RasulNya dan jangan kamu khianati amanah – amanah kamu sedang kamu mengetahui . Surah al Anfaal : 27

Mengkhianati amanah rakyat , parti dan perjuangan merupakan sebesar – besar jenayah dan dosa yang sukar untuk mendapat keampunan Allah swt melainkan menyesal , bertaubat dan memohon maaf dari rakyat dan parti yang diwakili .

Nasrudin Hassan at Tantawi merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Temui beliau di blog http://episodeperjuangan.blogspot.com

Filed under: News, , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: