Kalam Perantau

Icon

Hari-hari sedih Elia Suhana

KOTA BHARU 21 Mac – Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad mengakui melalui hari-hari menyedihkan apabila tidak berpeluang berada di sisi suami sepanjang baginda gering.

Sejak berkahwin pada Disember 2007, Elia Suhana, 31, mendakwa hubungan mereka berjalan lancar dan bahagia sebagai pasangan suami isteri sehinggalah haknya dinafikan mulai Oktober tahun lalu.

”Saya sedih dengan apa yang berlaku kerana ia menafikan hak saya sebagai seorang isteri sedangkan Tuanku masih lagi gering dan saya tidak dapat lagi berjumpa baginda.

”Pihak saya terpaksa mengambil tindakan agar tiada lagi halangan kerana rumah tangga kami tidak ada masalah. Cuma saya tidak dapat bertemu baginda walaupun telah berangkat pulang ke sini,” katanya.

Bekas pegawai polis itu ditemui selepas sebutan kes permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan oleh plaintif, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, yang dikatakan di bawah pengetahuan Sultan Kelantan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini.

Menurut Elia Suhana, beliau mula dihalang menemui suaminya sejak laporan polis dibuat terhadapnya pada Oktober lalu kononnya menceroboh masuk ke wad baginda.

”Hubungan kami tidak ada apa-apa masalah dan sepanjang pertemuan di sana (Singapura) sebelum arahan dikeluarkan untuk menghalang lawatan saya, Tuanku gembira berjumpa saya.

”Sekarang ini, perintah mahkamah berjalan seperti biasa dan saya mengikut prosedur yang ditetapkan kerana apa yang saya mahu hanyalah melawat Tuanku dan tidak lebih daripada itu.

”Saya juga mahu melihat Tuanku sihat dan sentiasa mendoakan kesihatan Tuanku,” katanya.

Sementara itu peguam Elia Suhana, Fakhrul Azman Abu Hasan ketika ditemui pula memohon agar Tuanku Ismail dibenarkan menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pakar-pakar yang telah disenaraikan oleh pihaknya.

”Kami mohon Sultan dibawa untuk pemeriksaan kesihatan secara persendirian oleh pakar-pakar kesihatan. Kami menyenaraikan 14 nama doktor pakar tempatan untuk mengesahkan sama ada baginda berada dalam tahap yang membolehkan membuat keputusan,” katanya.

Pihaknya juga memohon Majlis Ulama Kelantan menghadap Sultan untuk bertanya sendiri berhubung lafaz cerai talak tiga yang didakwa tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Ketua Agama Negeri.

”Kami memohon agar baginda ditemui oleh Majlis Ulama Kelantan sebab kes ini melibatkan baginda sebagai Ketua Agama Negeri dan kita tidak mahu isu ini mencemarkan kedaulatan dan kesultanan Kelantan,” katanya

Sumber : Utusan Online

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: