Kalam Perantau

Icon

Kemelut Presiden MCA dan Rombakan kabinet

Oleh: Shuhaimi Al-Maniri

Selepas pencalonan pemilihan semula MCA pada 22hb. Mac, 2010, sebagaimana yang dijangkakan oleh banyak pihak akan berlaku pertembungan 3 penjuru untuk kerusi Presiden (gambar ehsan my sinchew), tetapi hanya 2 calon bertanding kerusi Timbalan Presiden dan 10 calon bertanding untuk merebut empat (4) kerusi kerusi Naib Presiden.

Sebanyak 86 calon pula bertanding bagi merebut 25 jawatanjawatankuasa Pusat  termasuk bekas calon Timbalan Presiden sebelum ini,  Datuk Seri Ong Ka Chuan. Bagi kerusi Timbalan Presiden sudah pasti akan menyaksikan muka baru bila, Datuk chua Soi Lek tidak memopertahankan jawatan tersebut, tetapi  berusaha merebut jawatan Presiden bersama  dengan penyandang jawatan, Datuk Seri Ong Tee Keat dan juga ; bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting

Bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua bekas Naib Presiden, iaitu Datuk Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dengan Datuk Kong Cho Ha yang juga Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan. Tiong Lai  berpasangan  dengan Ka Ting dan Cho Ha pula berpasangan dengan Soi Lek..

Diperingkat  Naib Presiden pula, hanya Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan merupakan satu-satunya penyandang jawatan Naib Presiden sesi 2008-2011 yang bertanding semula bagi jawatan tersebut. Dua Naib Presiden iaitu Datuk Kong Cho Ha dan Datuk Seri Liow Tiong Lai bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden manakala seorang lagi Naib Presiden, Tan Kok Hong tidak bertanding dan memutuskan untuk bersara daripada politik.

Seperti dilaporkan oleh media sembilan (9) lagi calon Naib Presiden merupakan calon baru. Sembilan calon lain bagai jawatan Naib Presiden ialah , Datuk Donald Lim Siang Chai (bekas Timbalan Menteri Penerangan); Datuk Chor Chee Heung (Timbalan Menteri Kewangan),; Datuk Yeow Chai Thiam (Pengerusi MCA Negeri Sembilan), Datuk Loke Yuen Yow (bekas Timbalan Setiausaha Agung); Khoo Keok Hai (Ketua Bahagian MCA Sandakan); Gan Ping Sieu (Jawatankuasa Pusat); Datuk Yew Teong Look (Ketua MCA Wangsa Maju) Wong Siong Wee (Ketua MCA Kual Krai) dan bekas Naib Presiden, Datuk Yap Pian Hon.

Tee Kiat punya kelebihan kali ini?

Dalam Siasah Bil. 192 bertarikh 21-27 Mac, saya ada menyentuh sedikit berhubung dengan kemelut MCA dibawah tajuk kecil Ong Ka Ting selamatkan MCA? Sebagai reaksi kepada kesediaan bekas Presiden MCA tersebut keluar dari dunia “persaraan” untuk bertanding semula kerusi Presiden MCA dengan menyatakan siapa pun yang memenangi kerusi Presiden MCA dalam pertandingan pada 28hb. Mac, 2010 ini tidak akan berjaya menyelesaikan masalah, apatah lagi jika pemenang jawatan tersebut gagal memperolehi 50 peratus pengundi.

Pemilihan ka  ini Ini menampakkan seolah-olah Tee Keat bertanding secara bersendirian pada kali ini untuk ditentukan nasibnya oleh kira-kira 2,400 perwakilan akan menentukan siapa yang bakal memegang jawatan tertinggi parti dan menyelesaikan krisis dalaman parti itu yang telah berlanjutan hampir dua tahun.

Saya tidak pasti sama ada Tee Keat akan diberikan undi “kasihan” kepadanya dalam pemilihan kali ini memandangkan beliau telah diberikan undi tidak percaya dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada bulan Oktober tahun lepas tetapi tidak meletakkan jawatan sebagai Presiden MCA.

Percaturan Chua Soi Lek untuk mengambil alih kerusi Presiden MCA dari Ong Tee Keat tidak mendapat laluan mudah bila tiba-tiba kumpulan Liow Tiong Lai berusaha membawa semula bekas Presiden MCA, Ong Ka Ting bertanding dalam pemilihan kali ini.

Ong Ka Chuan yang juga abang kepada Ong Ka Ting tidak bertanding semula kerusi Timbalan Presiden MCA selepas tewas kepada Chua Soi Lek. Dibawah percaturan ini, Tiong Lai yang telah dilantik sebagai Timbalan Presiden MCA   secara “back door” dalam jangkamasa yang singkat selepas Soi Lek dilucutkan jawatan tersebut oleh jawatankuasa Pusat MCA bertanding kerusi Timbalan Presiden berpasangan dengan Ong Ka Ting.

Ini memaksakan Chua Soi Lek yang kelihatan berpengaruh dalam MCA dalam mencaturkan politik dalaman MCA selepas dikembalikan ke jawatan tersebut oleh Pendaftar Pertubuhan didapati mula melalui laluan yang lebih sukar berbanding dengan percaturannya sebelum ini.

Rombakan Kabinet

Desas desus rombakan kabinet akan dilakukan selepas pemilihan MCA pada 28hb. Mac dan selepas parlimen bersidang pada 22hb.April  ini semakin rancak semula.  Ramai yang menjangkakan rombakan kali ini bukan sahaja melibatkan MCA tetapi juga UMNO. 

Bagi MCA, salah seorang Menteri kabinet yang kalah dalam pertandingan Timbalan presiden akan digugurkan. Begitu juga dengan beberapa Menteri UMNO yang mula menjadi liabiliti kepada parti tersebut juga akan digugurkan kerana UMNO mula mendapat kekuatan yang baru dengan ramainya Ahli Parlimen yang keluatr parti tersebut.

Serentak dengan rombakan kabinet kali ini, terdapat desas desus Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said juga akan ditarik ke Pusat bagi membiolehkan seorang Menteri Besar Terengganu yang baru yang direstui oleh Sultan Terengganu akan dilantik.

Ini maklumat yang didapati dari rakan-rakan yang rapat dengan UMNO. Sama ada gosip politik ini menjadi kenyataan atau tidak, kita tunggu dalam tempoh sebulan dua ini.

 Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Filed under: Siasah, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: