Kalam Perantau

Icon

Cina Hulu Selangor Tolak BN, Peluang DAP Cerah di Sibu

Oleh: Suhaimi Al-Maniri

Kemenangan calon BN, P Kamalanathan menewaskan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim adalah sudah diduga lebih awal. Apa yang mengejutkan adalah majoritinya hanya sekadar 1,725 undi sahaja.

Ianya jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin. Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakaran Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272

Melihat kepada kesungguhan BN berkempen di sini termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghulurkan berbagai habuan kepada pengundi di Hulu Selangor semasa pilihanraya baru-baru ini, majoriti tersebut adalah disumbangkan oleh warga Felda terutama Kampung Sungai Buaya yang mahukan duit RM 50,000  yang dijanjikan kepada mereka jika BN menang pilihnraya kecil tersebut.

Apa yang saya lihat bukan setakat Najib sahaja berkempen di kawasan Felda, malah bapanya allahyarham Tun Razak, pun turun berkempen bila merata billboard yang mengingatkan warga tua Felda agar tidak lupa kepada bekas Perdana Menteri ke-2 tersebut yang berjasa mewujudkan Felda. 

Saya difahamkan pengundi di Felda Sungai Tengi Selatan, Sungai Tengi, Felda Soeharto, Gedangsa dan Kampung Sungai Buaya menyumbang tambahan lebih 1,000 undi dalam pilihanraya kecil kali ini berbanding dengan pilihanraya umum lepas.

Untuk menggambarkan cukup banyak wang yang dibelanjakan oleh BN bagi memenangi kersui tersebut. Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyebut BN membelanjakan RM 65,000 untuk seorang pengundi di sini. 

Sungguhpun begitu besar wang yang dilaburkan oleh BN untuk seseorang pengundi, tetapi ianya masih gagal memujuk pengundi Cina untuk mengundi calon BN pada pilihanraya kecil ini. Mengikut satu analisa, daripada 16,964 undi masyarakat Cina, hanya 25 peratus memihak kepada BN, selebihnya 75 peratus menjadi milik mutlak Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keyakinan masyarakat Cina terhadap BN terutama MCA masih belum pulih, malah kehadiran beberapa pemimpin MCA di kawasan berkenaan gagal mendapat sokongan daripada pengundi Cina dan perkara ini tidak boleh dinafikan.. 

Malah, BN kalah teruk dengan margin cukup besar dalam peti undi yang majoritinya Cina. Misalnya daripada lebih 300 undi Cina, BN hanya memperoleh sekitar 60 undi. Begitu juga dengan lain-lain peti undi Cina khususnya dalam DUN Kuala Kubu Baru yang gagal dipertahankan oleh BN.

Satu maklumat lain menyebut, diperingkat awal kempen, sokongan pengundi Cina terhadap BN dikatakan cuma sekitar 10 hingga 15 peratus. Kedatangan Datuk Seri Najib Razak  untuk turut sama berkempen dengan berbagai goodies berjaya melonjak peratus sokongan pengundi Cina kepada sekitar 25 peratus.

Keupayaan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memenuhi segala kehendak masyarakat Cina yang sebelum ini tidak diperoleh ketika BN, membuatkan mereka teguh menyokong calan PKR. Selain itu, faktor kedudukan DAP tidak boleh dinafikan antara penyumbang kepada sokongan masyarakat Cina terhadap pembangkang.

DAP berpeluang cerah di Sibu

DAP kini yang mempunyai kerusi majoriti dalam pakatan pembangkang dilihat sebagai berpeluang menambahkan satu lagi kerusi selepas pilihanraya kecil Sibu pada 16hb. Mei nanti. Berdasarkan kepada peningkatan undi Cina dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor baru-baru ini, tidak mustahil Cina Sarawak juga dengan bersetuju dengan janji pembangkang yang akan memberi hak yang saksama kepada masyarakat bukan Bumiputera sememangnya diharapkan masyarakat Cina.

Dalam pilihanraya kecil Sibu nanti, DAP sudah menamakan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek bagi berdepan dengan calon BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu 16 Mei nanti.

Walaupun Wong tewas kepada mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang menang dengan majoriti 3,549 pada pilihan raya sebelum ini, namun DAP mempunyai pengundi tegar hampir 16,000 orang di situ.

Tidak mustahil Sibu yang dihuni 60 peratus pengundi Cina akan memberikan kemenangan kepada Pakatan Rakyat melalaui DAP bagi mengukuhkan suara masyarakat Sarawak yang tertindas sejak sekian lama.

Pakatan dengan sokongan padu PKR dan PAS serta SNAP  akan berusaha memenangi baki 40 peratus pengundi di Sibu yang terdiri dari 20 peratus Melayu-Melanau, Iban 18 peratus, 1.1 peratus Orang Hulu dan 0.9 peratus lain-lain.

Tidak mustahil DAP boleh menang sekali lagi di sini kerana DAP pernah membuat kejutan dengan memenangi kerusi ini pada tahun 1982 melalui melalui Ling Soe Ming, yang mengalahkan Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang juga Timbalan Ketua Menteri Sarawak ketika itu.

Jika DAP menang di Sibu, beliau bukan sahaja akan berganding dengan seorang lagi ahli parlimen dari Sarawak iaitu Chong Chieng Jen bagi Parlimen Bandar Kuching, malah akan membawa sinar baru untuk Pakatan Rakyat bertapak di Sarawak dakam pilihanraya negeri yang dijangka akan diadakan pada pertengahan atau hujung tahun ini.

Artikel ini diterbit untuk akhbar Siasah

Advertisements

Filed under: Siasah, , , , , , , , , , , , , , , , ,

PAS: Kemenangan BN di Hulu S’gor hanya sementara

Oleh Abdul Rahim Sabri
 
PAS menggariskan empat faktor utama yang memberi tambahan undi kepada BN untuk merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor Ahad lalu dengan majoriti 1,725 undi.

Setiausaha agungnya, Datuk Mustafa Ali berpendapat, sebahagian undi rosak dalam pilihan raya umum 2008, telah kembali kepada BN dalam pilihan raya kecil kali ini.

Undi rosak yang dicatatkan Ahad lalu berjumlah 731 berbanding 1,446 pada 2008.

“Jadi separuh sudah tidak rosak. Daripada undi yang rosak (pada 2008) sebahagian pengundi memang kembali kepada BN atas tindakan-tindakan yang tertentu,” katanya.

Di samping itu, katanya, BN juga memperolehi 600 undi pos yang disifatkannya sebagai ‘undi tetap’ kepada BN setiap kali dalam pilihan raya diadakan, termasuk di Hulu Selangor.

Mustafa memberitahu demikian dalam sidang akhbar mengenai analisis awal PAS mengenai kemenangan BN merampas semula kerusi parlimen Hulu Selangor dari PKR Ahad lalu.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi manakala calon PKR Datuk Zaid memperolehi 23,272 undi.

Mustafa turut menjelaskan bahawa lebih daripada 50 peratus pengundi di gugusan Felda menyokong BN kerana jentera mereka menumpu sepenuh perhatian terhadap kawasan tersebut.

Beliau menyifatkan gugusan Felda di Hulu Selangor sebagai kubu kuat tradisi BN dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

“Di mana-mana, seluruh kawasan Felda menjadi benteng terakhir kepada BN. Kawasan itu cukup dijaga. Kita dapat tembus tetapi mereka mengundi BN,” katanya.

Mustafa berkata, begitu juga dengan kaum India yang didapati kembali semula menyokong BN dalam pilihan raya kecil Ahad lalu.

Sebagai contohnya, kata beliau, ada di saluran undi di kawasan majoriti India, di mana BN mendapat 107 undi, manakala PKR hanya mendapat lapan undi sahaja.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pengundi Melayu yang menetap di kawasan bandar dan pinggir bandar, lebih banyak menyokong calon PKR daripada BN.

Mustafa juga menjelaskan bahawa kaum Cina memberi sokongan yang membanggakan kepada PKR dan terdapat peningkatan undi mereka sehingga mencecah lebih 70 peratus.

“Apakah pengundi Cina sudah bosan dengan MCA? Mungkin ia salah satu faktor. Orang Tionghua hilang kepercayaan kepada BN kerana sikap perkauman yang ditunjukkan.

“Mula-mula dengan (isu) keris, kemudian kenyataan Muhyiddin. Konsep 1Malaysia adalah satu konsep yang dilihat sebagai berpura-pura, berbanding keadilan yang dijanji oleh Pakatan Rakyat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menjelaskan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kali ini merupakan ‘kemenangan sementara’ dan Pakatan akan merampas semula tersebut dalam pilihan raya akan

datang.

Ini kerana, katanya, dalam pilihan raya umum, BN tidak dapat memberi tumpuan sepenuh terhadap satu-satu kawasan sahaja, termasuk kawasan Felda.

Mustafa berkata, pernah berlaku sebelum ini di mana dalam pilihan raya kecil di DUN Ijok (Selangor) dan parlimen Pendang (Kedah) memihak kepada BN.

Tetapi, katanya, dalam pilihan raya umum berikutnya, keadaan itu berubah di mana pengundi di kedua-dua kawasan tersebut memberi kemenangan kepada Pakatan.

Ditanya mengenai jentera PAS sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, Mustafa berkata, beliau tidak berniat untuk memperkecilkan jentera PKR, tetapi menegaskan bahawa peningkatan

jentera PAS banyak membantu mencergaskan kempen di samping sokongan jentera DAP.

Katanya, sumbangan tenaga petugas pilihan raya PAS dan DAP telah diakui sendiri oleh Zaid.

Mustafa juga menjejaskan dakwaan arak dan judi yang dikaitkan kepada Zaid, tidak menjejaskan sokongan penyokong PAS kepada calon PKR itu.

“Ia tak terjejas. Orang PAS faham tentang fitnah… Orang PAS boleh terima,” katanya.

Ditanya mengenai penghuni hantu, Mustafa berkat: “Kita tidak dapat kesan pengundi hantu. Saya rasa tak ada kut.

“Setakat saya dimaklumkan, saya pun tak teliti satu satu, saya dimaklumkan tidak ada undi yang cara begitu. Tak ada,” katanya

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , ,

Jangan mengalah, Zaid

Oleh Wan Hamidi Hamid

26 APRIL — Zaid Ibrahim berhak untuk rasa marah, geram dan sedih dengan keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor. Tetapi Zaid tidak harus mengalah atau berundur semata-mata kerana Barisan Nasional diisytiharkan sebagai pemenang.

Menurut laporan awal, kedua-dua Barisan dan Parti Keadilan Rakyat telah meningkatkan prestasi mereka berbanding keputusan pilihan raya umum 2008 — Barisan dikatakan menambah 2,000 undi manakala PKR yang mewakili Pakatan Rakyat 200 undi. Daripada undi Barisan itu, lebih 700 datangnya dari undi pos. Lagi pula, pemindahan 13,488 pengundi di Hulu Selangor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dikatakan telah mengelirukan pengundi.

Dalam keadaan sedemikian, Zaid terpaksa berdepan dengan formula lama Barisan — tawaran wang dan projek yang bernilai lebih RM60 juta. Tidak cukup dengan itu, media arus perdana sekali lagi memainkan peranan untuk berkempen bagi pihak Barisan, termasuk mengecam dan mengutuk Zaid habis-habisan.

Mungkin bagi Barisan, terutamanya Umno, yang selama ini terkapai-kapai sejak pukulan hebat pilihan raya umum 2008, mereka telah menemui semula kekuatan untuk menghadapi Pakatan — kembali kepada cara mempergunakan media arus perdana, jentera kerajaan dan tawaran berjuta-juta ringgit (baca: wang rakyat).

Analisis awal daripada kumpulan-kumpulan yang berkampung dan memerhatikan perjalanan pilihan raya kecil itu menunjukkan pengundi Melayu, khususnya peneroka Felda, dengan senang hati menerima cara dan kaedah Barisan. Dengan janji-janji manis, lebih 60 peratus pengundi kawasan Felda telah memilih calon Barisan.

Lebih separuh pengundi kaum India membuat pilihan yang sama untuk Barisan tetapi pengundi Cina tetap memihak kepada Zaid dengan memberi lebih 70 peratus sokongan kepada Pakatan.

Dalam hal ini, mungkin tidak memeranjatkan melihat selera majoriti pengundi Melayu di Hulu Selangor. Selain janji-janji wang dan projek berpuluh juta ringgit, serangan peribadi serta fitnah terhadap Zaid turut mempengaruhi pemikiran orang Melayu.

Mungkin bagi pengundi Melayu yang memilih Barisan, soal sama ada Zaid seorang yang berprinsip dan tegas dalam menentang rasuah serta ketidakadilan tidak menjadi penentu utama. Mungkin mereka juga belum dapat memahami usaha Zaid dan aktivis-aktivis Felda yang mahu mengembalikan hak milik tanah kepada peneroka dan bukannya berterusan menjadi pekerja kepada korporat gergasi itu.

Lagi pula, melalui peranan media arus perdana, kebanyakan Melayu yang memilih Barisan mungkin merasa lega apabila melihat calon barisan P. Kamalanathan mencium tangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kenyataan wakil MIC itu yang menyokong perjuangan kumpulan ultra-Melayu Perkasa. Sehinggakan namanya dijual kepada pengundi Melayu sebagai “Kamal” dan bukannya Nathan sebagaimana nama singkat panggilan biasa.

Semua keadaan ini sepatutnya membakar semangat Zaid untuk terus berkhidmat dan berjuang. Apatah lagi beliau dengan bantuan aktivis Felda telah pun mengemukakan cadangan awal untuk mereformasikan sistem rancangan tanah itu supaya generasi kedua dan ketiga Felda dapat menjadi tuan di atas tanah sendiri. Isu ini perlu dibawa ke peringkat nasional, dan lebih baik lagi, dibincangkan bersama di peringkat pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Begitu juga hasrat Zaid untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli yang selama ini terbiar di bawah Barisan. Ia bukan soal setempat kerana ia memerlukan reformasi nasional, sekurang-kurangnya orang asal ini yang lebih awal mendiami ibu pertiwi diberi taraf sama rata dengan Bumiputera.

Berdasarkan dua pengalaman pilihan raya, Zaid yang pernah menang di bawah lambang Umno di Kota Bharu dalam pilihan raya umum 2004 perlu menjadikan Hulu Selangor sebagai pengajaran dan persediaan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, kekalahan di Hulu Selangor perlu dianggap sebagai satu langkah ke hadapan untuk mempersiapkan diri menghadapi saingan yang lebih hebat dalam pilihan raya umum nanti.

“Sama seperti Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor); beliau kalah dalam pilihan raya kecil Ijok pada 2007. Tetapi beliau kembali menang pada 2008. Kekalahannya di Ijok telah menjadi satu platform kepada kita untuk menawan kerajaan negeri Selangor. Biarlah Hulu Selangor menjadi Ijok yang kedua kepada kita,” katanya.

Tak kurang pentingnya ialah suasana pasca-Hulu Selangor akan memberi peluang kepada Zaid untuk mendekatkan diri dengan pengundi-pengundi Melayu, bukan sahaja di Selangor malah di seluruh negara.

Setelah dihamburkan dengan kata-kata fitnah dan kempen kotor dari mereka yang mengakui diri Melayu dan Islam, tidak banyak lagi yang boleh mereka contengkan peribadi Zaid yang jauh lebih berprinsip dan tegas dalam membela keadilan dan hak berbanding para pemimpin Umno.

Lapan hari untuk berkempen sememangnya tidak cukup. Tanpa perlu mengalah, Zaid kini mempunyai banyak masa untuk diluangkan bersama masyarakat, khususnya orang Melayu, bagi menjelas dan memperincikan apa yang diperjuangkannya bersama Pakatan Rakyat.

Tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal barulah mesra dan sayang.

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , ,

Perhimpunan di Stadium Kuala Kubu Bahru

http://demokrasi93.blogspot.com

Dulu saya kalah juga semasa pilihanraya kecil di Ijok, tapi sekarang saya Menteri Besar Selangor – Tan Sri Khalid Ibrahim

Dato Zaid Ibrahim sedang berucap – Najib belanja RM 64 juta di dlm p/raya ini. beli undi adalah sesuatu yg halal. Mana SPRM ?

Filed under: News, , , , ,

PRK HULU SELANGOR – KEPUTUSAN PKR KALAH TIDAK MENGEJUTKAN

By Misbahul Munir Masduki

Petugas Pakatan Rakyat di Hulu Selangor yakin PR akan menang dalam PRK kali ini, namun keputusan adalah sebaliknya. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tidak memeranjatkan dan tidak juga mengecewakan.

BN tidak pula menang besar sebagaimana yang dijangkakan. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri begitu sombong dan angkuh kononnya BN pasti akan menang dengan majoriti 6000 undi.

Keputusan yang diumumkan ialah calon BN P Kamalanathan mendapat 24,997 undi, manakala calon PKR Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi. Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi. Majoriti 1,725 undi yang diperolehi oleh BN dilihat jauh lebih rendah dari angka yang menjadi sasaran UMNO BN.

Majoriti yang dicapai tidak berbaloi dengan puluhan juta yang dihamburkan kepada rakyat bagi merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, belum dikira dengan janji-janji BN yang ditaburkan ketika berkempan. Media arus perdana setiap minit menyebelahi BN, tidak ada sedikit berita yang positif mengenai PR.

Kempen-kempen mereka berjaya meracuni pemikiran orang kampung terutamanya di kawasan felda dan perkampungan tradisonal yang tidak mendapat maklumat dari sumber yang sebenar. Berbeza dengan pengundi dalam bandar dan juga pengundi Cina yang lebih terbuka sikap mereka. Media berbahasa Cina lebih terbuka dan banyak melaporkan cerita yang sebenar mengenai PR.

Tidak ada yang terperanjat sebenarnya dengan keputusan ini kerana propaganda dan fitnah jahat yang dimainkan oleh UMNO BN dengan menyerang peribadi calon. Banyak bahan-bahan terbitan yang diterbitkan oleh UMNO mengandungi fitnah jahat yang paling tidak bermoral dan beretika.

Tidak kurang juga ada yang diugut dengan berbagai ugutan, dan ada yang dirasuah dengan benda untuk memancing undi.

Kesimpulan ringkas UMNO BN tidak boleh mendabik dada dengan kemenangan majoriti yang terkeluar dari KPI mereka. Muhyididn meletakan harapan yang tinggi untuk menang dengan majoriti lebih besar berdasarkan pencapaian baik adun-adun BN dalam memenangi peti undi di peringkat DUN masing-masing pada PRU 2008. Ternyata ketiga-tiga Adun BN tidak membantu menambahkan majoriti yang selesa.

Walau bagaimanapun post mortem mesti dibuat bagi memuhasabah faktor-faktor kekalahan dalam tempoh terdekat. Saya mencadangkan jawatankuasa post mortem mesti dibentuk atas nama Pakatan Rakyat. Biarlah PAS dan DAP yang ramai menganggotai Jawatankuasa post mortem PRK Hulu Selangor, seorang dua PKR boleh juga dilantik tetapi biarlah yang agak berkecuali. Post mortem mestilah telus, ia mesti sampai ke akar umbi. Semua faktor hendaklah dilihat, bermula dengan faktor Jentera Pilihanraya, faktor calon, faktor kewangan, faktor media dan sebagainya.

Berdasarkan post mortem ini, jadikanlah ia sebagai panduan dalam merangka strategi bagi menawan semula Hulu Selangor pada PRU akan datang, ia juga boleh menjadi panduan untuk keseluruhan negeri Selangor. Komposisi kaum di Hulu Selangor adalah gambaran komposisi kaum di seluruh negeri Selangor.

Kepada para petugas PR terutamanya petugas PAS, jangan sedikitpun rasa kecewa dan sedih di atas kekalahan ini. Jadikan ia sebagai satu tekad untuk kemenangan akan datang. Kemenangan UMNO BN kali ini bukan bermakna ia akan menang selama-lamanya. Saya percaya dengan kemenangan ini, mereka akan bertambah angkuh, bongkak, takabbur dan sombong, mereka akan memandang rendah keupayaan dan kekuatan kita. Kita juga percaya kemenangan yang mereka capai akhirnya akan membawa kekalahan dan kehancuran yang lebih besar suatu ketika ini.

Para pimpinan PR hendaklah sentiasa memuhasabah dengan kekalahan ini. Tudinglah jari ke arah diri masing-masing sebelum kita menuding ke arah orang lain. Mengakui kesilapan dan kelemahan sebenarnya adalah lebih baik dari menyalahkan pihak lain, ia tidak menjadikan kita hilang kredibiliti dengan mengakui kesilapan dalam percaturan ini. Malahan ia akan menjadikan titik tolak bagi kita memperbaiki segala kelemahan dan membina kekuatan baru.

Para petugas pilihanraya sudah tentu akan balek ke negeri dan kampung masing-masing mulai malam ini. Namun rakyat dan pengundi di Hulu Selangor tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja. PRK merupakan permulaan yang baik bagi gerak kerja untuk pilihanraya akan datang. Menjadi tugas dan tanggungjawab jentera parti di peringkat DUN masing-masing terus mengisi dengan program-program yang berterusan.

Kerajaan PR Selangor tidak boleh berlengah dalam melaksanakan agenda pembangunan, buktikan sekalipun Hulu Selangor PR tidak mempunyai Adun dan Ahli Parlimen, pembangunan material dan program kebajikan untuk rakyat tetap diutamakan

Filed under: News, , , , , , , , , , , , ,

BN tawan Hulu Selangor, majoriti kecil banding sasaran 6,000

Oleh G. Manimaran

HULU SELANGOR, 25 April — Barisan Nasional (BN) merampas balik kerusi Parlimen Hulu Selangor daripada Pakatan Rakyat tetapi majoriti diperoleh tidak sebesar disasarkan sebelum ini.

Pun begitu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gembira dengan pencapaian ini dengan menyifatkan rakyat mula menerima dasar BN dan konsep 1 Malaysia di bawah pimpinannya.

“Ini satu permulaan yang baik bagi BN,” kata Pengerusi BN ini sambil menambah, pihaknya gembira dengan prestasi hari ini kerana BN terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Keputusan diumumkan kira-kira 9.15 malam di Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini dengan dihadiri Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyddin Yassin.
 
Calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dari MIC, muka baru dalam pilihan raya, menerima 24,997 undi manakala calon Pakaran Rakyat Datuk Zaid Ibrahim memperioleh 23,272.

Walaupun BN menang dengan majoriti 1,725 undi, tetapi ia jauh lebih kecil daripada kira-kira 6,000 yang disasarkan oleh Muhyiddin.

Undi rosak direkodkan ialah 731.

Pada sidang tengah hari tadi Muhyddin berkata pihaknya meletakkan sasaran KPI majoriti 6,000 undi dengan mengambil kira prestasi peringkat tiga kerusi Dewan Undangan Negeri pada 8 Mac 2008.

Di peringkat awal perjumlahan rasmi undi, Zaid mendahului Kamalanathan ketika keputusan 100 daripada 137 peti undi diumumkan.

Ketika di peringkat itu Zaid berada di depan dengan majoriti kira-kira 1,500 undi.

Bagaimanapun, Kamalanathan mengatasi kedudukan apabila peti-peti undi dari kawasan Felda diumumkan.
Dalam pilihanraya 2008, PKR menang dengan majoriti 198 undi.

Pilihan raya kecil ini peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 75.9 peratus atau 48,935 pengundi.
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya tetap gembira dengan pencapaian walaupun meletakkan awalnya meletakkan sasaran lebih tinggi.
 
Tengku Adnan juga mengakui BN tidak memperoleh undi yang memuaskan daripada kalangan masyarakat Cina di Hulu Selangor. “Undi yang kami peroleh daripada masyarakat Cina lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2008. BN menerima sokongan besar daripada kalangan pengundi Melayu dan India.

“Kami akan ada bedah siasat mengapa pengundui Cina tidak memihak kepada BN dan akan membantu menyelesaikan isu mereka hadapi,” katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Kamalanathan, 45, dan Zaid 59. Pada hari penamaan calon Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima borang daripada empat calon termasuk dua calon Bebas.
Bagaimanapun kedua-dua calon Bebas terbabit menarik diri.

Ini adalah pilihan raya kecil ke-10 sejak selepas pilihan raya umum 2008 dan pilihan raya kecil pertama di negeri Selangor.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac akibat barah otak. Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lalu.

Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empat penggal.

Filed under: News, , , , , , , , , , , , ,

Akhirnya, Zaid Ibrahim tewas!

Sumber : MerdekaReview

Akhirnya, Zaid Ibrahim, calon PKR-Pakatan Rakyat tewas kepada calon MIC-Barisan Nasional, P.Kamalanathan dengan majoriti 1,725 undi.  P.Kamalanathan memenangi 24,967 undi, sementara Zaid Ibrahim memperolehi 23,272 undi, dengan 731 undi rosak.

Dengan kata lain, BN berjaya mencapai kemenangan ketiganya dalam 10 pilihan raya kecil selepas PRU ke-12.  Juga, kekalahan PKR-PR ini menjadikan bilangan kerusi Dewan Rakyatnya menurun kepada 77 kerusi.  Seandainya berlaku lompatan tiga orang lagi dari PR, maka PR akan undur dan bertahan pada paras satu pertiga (74 daripada 222 kerusi).

Pilihan raya kecil Hulu Selangor ini mencatat kadar pengundian setinggi 75.87%, dengan 48,935 orang keluar mengundi, pada hari ini.  Hulu Selangor merupakan kawasan pengundian parlimen luar bandar, dengan jumlah pengundi sebanyak 64,500 orang (termasuk 799 orang pengundi pos), terdiri daripada 52.7% Melayu, 26.3% Cina, 19.3% India, 1.1% orang asli dan 0.59% lain-lain.

Pada PRU ke-12, dengan kadar pengundian 75.24%, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad yang menyarung jersi PKR memenangi 23,177 undi (48.7%), menewaskan G.Palanivel dengan majoriti 198 undi.  Bagaimanapun, ketiga-tiga kerusi DUN di bawah kawasan parlimen ini dirampas oleh BN, dengan jumlah majoriti 6,176 undi.

Oleh yang demikian, calon MIC, G.Palanivel dianggap sebagai punca kekalahan BN pada PRU ke-12, memandangkan jumlah majoriti yang lebih daripada 6000 undi ini sebenarnya memihak kepada BN.  Maka, PRK Hulu Selangor ini bermula dengan pergelutan dalam BN dalam isu pemilihan calon.

Peringkat awal: Pemilihan calon

BN berdepan dengan masalah calon pada awalnya, apabila sebahagian ahli UMNO menuntut agar UMNO meletakkan calonnya untuk bertanding dalam PRK Hulu Selangor.  Bagaimanapun, setelah Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Najib Razak memberi laluan kepada MIC, BN pula berdepan dengan dilema, sama ada meletakkan semula G.Palanivel pilihan Samy Vellu ataupun calon lain.

Secara luaran, proses pemilihan calon PR berjalan dengan licin, berbanding dengan BN.  Cuma, imej Zaid Ibrahim (gambar kanan) yang “liberal” dipertikaikan dan dianggap tidak sesuai untuk kawasan pengundian luar bandar seperti Hulu Selangor.  Bagaimanapun, Zaid Ibrahim yang sudah “terkenal”, dan tidak perlu untuk diperkenalkan lagi, dianggap boleh meningkatkan undi Cina dalam perhitungan PKR-PR.

Pertengahan: Kempen

Bagaimanapun, setelah PRK membuka tirai secara rasminya pada hari penamaan calon, Zaid Ibrahim berdepan dengan serangan peribadi.  Pemimpin PR diasak oleh media kawalan UMNO untuk “mengesahkan” sama ada Zaid Ibrahim seorang “kaki botol”.  Perkembangan selanjutnya menyaksikan bagaimana Zaid Ibrahim terjerat ke dalam perangkap apabila kaki botol, kaki judi dan sebagainya dilempar terhadapnya.  Malah, konflik antara Zaid Ibrahim (ketika berada di UMNO) dengan PAS diperbesarkan, meletakkan PAS dalam dilema untuk mempertahankan calon PKR yang “liberal” Ini.

Walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan, namun tiada bukti, iaitu foto yang menunjukkan Zaid Ibrahim mengambil alkohol.  Bahkan, “gambar Zaid minum arak” sebagaimana yang diedarkan adalah gambar yang diubahsuai.  Zaid Ibrahim yang membuat pengakuan terlebih dahulu terus diheret mengikut rentak BN, sehingga terkurung dalam keadaan “mengawal”.

PR gagal terkeluar dari perangkap ini.  Isu yang besar tidak ditonjolkan dengan jelas.  Sungguhpun sijil pengajian P.Kamalanathan dipertikai, gambarnya mencium tangan TPM Muhyiddin Yassin dihebahkan dan sebagainya, namun, dari apa yang diperhatikan, tiada tema yang jelas dan nyata ditonjolkan oleh PR sepanjang tempoh berkempen ini.  Apa yang lebih mengejutkan, PR mendapati bahawa Zaid Ibrahim tidak begitu “terkenal” di kalangan komuniti Cina di Hulu Selangor sebagaimana yang dijangkakan.

Keadaan semakin terdesak untuk PR apabila Najib yang baru menamatkan lawatannya di Amerika Syarikat dan Jepun, mendarat di bumi Hulu Selangor dengan taburan janji dan wang.  Malah, antara janji-janji yang ditaburkan, pengumuman seperti “RM3 juta akan diperuntukkan kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Rasa seandainya BN menang” mengandungi unsur rasuah.

Di akhir-akhir tempoh kempen, PR mengadakan satu perhimpunan yang besar di stadium Kuala Kubu Bharu semalam, yang dibanjiri puluhan ribu orang.  Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim yang menggulung ucapannya menegaskan bahawa PRK ini pertarungan untuk mengembalikan maruah rakyat, dan menegaskan bahawa pengundi harus bangkit untuk menolak pembelian undi yang akan menggadaikan kepentingan bangsa.

Akhir: Zaid tewas

Bagaimanapun, PR akhirnya gagal mematahkan serangan daripada BN.  Keputusan sedemikian semestinya menyuntik semangat kepada BN, dan bakal diterjemah sebagai penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia yang diutarakan Najib Razak.

PRK Sibu kini menanti di depan.  Seandainya BN berjaya mengekalkan kemenangan ini, maka tidak mustahil Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan dan PRU ke-13 akan diadakan dalam tempoh yang lebih dekat

Filed under: News, , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Unofficial results: BN wins

 
The unofficial result has P. Kamalanathan of Barisan Nasional winning the Hulu Selangor by-election.     KUALA KUBU BARU, April 25 — Barisan Nasional (BN) has won the Hulu Selangor by-election by more than 2,500 votes, according to unofficial results from the counting centre.

The Election Commission (EC) has not declared a winner yet but BN sources say their candidate — P Kamalanathan — has defeated Pakatan Rakyat’s (PR) Datuk Zaid Ibrahim.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Hulu Selangor : Keputusan tak rasmi

Sila refresh untuk dapatkan keputusan terkini

8.16pm: On-the-spot analysis

Pakatan Rakyat suffers it first lost in a state under its control. Out of the 10 by-elections since 2008 general elections, the score is Pakatan, 7, and BN, 3.

BN won in the state seats of Batang Air (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan) and Hulu Selangor (Selangor).

With its victory in Hulu Selangor, MIC has increased its representation in Parliament by three – P Kamalanathan is to join Dr S Subramaniam (Segamat) and SK Devamany (Cameron Highlands)

Unofficial results

BN – 24,669
PKR – 22,986
Majority – 1,683

8pm: On-the-spot analysis

BN has won big in Malay-majority areas, especially the Felda settlements. While PKR has won the Chinese-majority areas, but its margin of victory in these areas is not big enough to compensate its loss in the Malay-majority area.

In addition, it appears that Indian voters have mostly return to BN’s folds.

7.49pm: According to BN sources, P Kamalanathan (MIC) is leading Zaid Ibrahim (PKR) by about 2,000 votes.

BN – 21,354
PKR – 19,917
Majority – 1,437

7.36pm: BN sources are claiming that they are leading by 3,000 to 4,000 votes. According to Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, the unofficial tally so far is:

BN – 19,067
PKR – 17,554
Majority – 1,513

Election Commission’s official results

BN – 4,080
PKr – 4,547
Majority – 467

7.21pm: Election Commission’s official results

PKR – 2,722
BN – 2,468
Majority – 258

7.15pm: On-the-spot analysis

Early results show PKR winning two-thirds of the votes in Chinese-majority areas, below the 85 percent which DAP supremo Lim Kit Siang has wanted. According to Lim, PKR will need to win that much to win.

It is expected PKR will lose much of the votes in the Malay-majority Felda areas.

Election Commission’s official results

PKR – 2,173
BN – 1,934
Majority – 239

7.12pm: Unofficial results

PKR – 9,133
BN – 7,261
Majority – 1,872
About 33 percent of the votes have been tallied so far.

7.05pm: Unofficial results

PKR – 8,755
BN – 7,116
Majority – 1,639

7pm: On-the-spot analysis

Most of the Chinese-majority areas have been counted, with PKR leading by 1,226 votes. The votes in the Malay-majority areas have not to come in. PKR is expected not to do well in these areas. The race for Hulu Selangor is still tight.

6.57pm: Unofficial results

PKR – 7,410
BN – 6,339
Majority – 1,071

6.54pm: Unofficial results

PKR -7,053
BN – 6,010
Majority – 1,034

6.45pm: Unofficial results

PKR – 6,389
BN – 5,385
Majority – 1,004

So far about 25% of votes counted.

6.41pm: Unofficial results

PKR – 4,204
BN – 3,592
Majority -612

6.37pm:

According to early results, PKR is leading by a wide margin in Chinese areas and by a slight margin in mixed areas and is trailing behind BN in Malay areas.

For PKR to win, it needs to win big in Chinese and mixed areas to cover its expected lost in Malay areas.

6.34pm: Unofficial results

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 – PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 – PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 – PKR 207, BN 56

Unofficial – PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 – PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 – PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 – PKR 490, BN 205

Unofficial – PKR 897, BN 499

6.23pm: Unofficial results

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 – PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 – PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 – PKR 104, BN 172

Unofficial – PKR 901, BN 798

6.18pm: Unofficial results

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 – PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 – PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 – PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 – PKR 268, BN 122

Unofficial – PKR 729, BN 501

6.13pm: Unofficial results

Kuala Kalumpang, saluran 1 – PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 – PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 – PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser – PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 – PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 – PKR 105, BN 155

Unofficial – PKR 491, BN 445

6.10pm: Counting has begun for the Hulu Selangor by-election. According to unofficial results, BN has won the postal votes.

BN: 767
PKR: 120

Filed under: News, , , , , , ,

Hulu Selangor: Pengundian Ditutup, 75.87 % Keluar Mengundi

Oleh ARIFFUDIN ISHAK

HULU SELANGOR: Proses pengundian bagi kira-kira 63,700 pemilih berdaftar di kawasan kerusi Parlimen Hulu Selangor telah ditutup tepat pukul 5 petang tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan jumlah keluar mengundi yang dicatatkan ialah sebanyak 48,935 atau peratus 75.87 peratus.

Jumlah itu meningkat 0.63 peratus berbanding yang dicatatkan pada Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu iaitu 75.24 peratus.

Keadaan cuaca yang baik sejak pagi turut memudahkan urusan para pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Kira-kira 799 pengundi pos yang terdiri daripada anggota polis, tentera dan pekerja pilihan raya telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada Khamis dan Jumaat lepas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

BN diwakili Ketua Penerangan MIC, P. Kamalanathan dan beliau akan ditentang calon PKR yang mempertaruhkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

Bagaimanapun kedua-dua calon berkenaan bukan pengundi Parlimen Hulu Selangor.

Pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka di 48 pusat mengundi membaitkan 47 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai untuk memilih calon wakil rakyat mereka.

SPR menjangkakan keputusan bagi pilihan raya berkenaan akan dapat diketahui sekitar pukul 9 malam ini.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru.

Kawasan itu mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus adalah Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli.

Kerusi Parlimen kawasan itu kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari PKR pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Penamaan calon telah diadakan pada 17 April lepas.

Dr Zainal Abidin memenangi kerusi kawasan itu pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 198 undi selepas menewaskan Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel yang menyandang kerusi itu selama empatpenggal

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories