Kalam Perantau

Icon

SABAH SELEPAS 47 TAHUN MERDEKA TERUS TERPINGGIR

Setelah hampir 50 tahun Sabah menyertai Malaysia, negeri Sabah masih terus kekal negeri termiskin di negara ini. Dengan kadar kemiskinan sebanyak 16%, sebahagian rakyat negeri Sabah masih hidup seperti di zaman pra kemerdekaan. Bayangkanlah disaat orang lain bercakap akan kehebatan media baru seperti facebook, blog, twitter, youtube dan email, masih ada rakyat di negeri ini terkial-kial meneruskan kehidupan tanpa bekalan letrik, tanpa bekalan air bersih, tanpa jalanraya berturap malah anak-anak mereka tercicir daripada arus pendidikan negara atas faktor kemiskinan.

Sehingga hari ini masih banyak bangunan sekolah dalam keadaan daif, kerusi meja yang usang dan rosak, dinding dan syiling yang menunggu masa untuk runtuh, masalah kekurangan bilik darjah, masalah kekurangan guru, masalah ketiadaan rumah guru, masalah tiada asrama, masalah tiada kemudahan dan kelengkapan pendidikan seperti makmal, pusat sumber dan pelbagai lagi masalah yang terus berulang setiap tahun.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi telah membuat lawatan  selama tiga hari ke lima buah sekolah di pedalaman Pensiangan yang hanya boleh dikunjungi melalui jalan darat dan tiga batang sungai dengan menaiki bot.

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah isteri Puad, Dr. Rubiah Leman, Pengarah Pelajaran Sabah, Dr. Muhidin Yusin, Pegawai Pelajaran Daerah Nabawan, Osman Aganduk dan rombongan dari kementerian.

Di SK Tinanduk (gambar – kiri) hanya mempunyai satu blok bangunan lama yang diperbuat daripada kayu. Bangunan kayu tersebut menempatkan dua bilik darjah dan sebuah bilik guru selain tidak memiliki apa-apa kemudahan lazimnya bagi sekolah termasuk padang atau bilik sumber. Disitu Puad melihat sendiri sebuah bilik darjah yang dibina oleh orang kampung dan guru.

Puad mengakhiri lawatan beliau ke SK Saliliran. Untuk sampai ke SK Saliliran, rombongan perlu menggunakan laluan sungai sebelum berjalan kaki selama lebih enam jam bermula dari pengkalan Kampung Sinipar melalui jalan hutan.
Saya terbaring dalam lumpur sebanyak empat kali akibat keletihan. Ini adalah pertama kali saya berjalan dalam hutan pada waktu malam, perjalanan ini membuatkan saya hampir pengsan,” kata Puad.

Rombongan beliau sampai ke sekolah tersebut walaupun tersesat kira-kira pukul 12 malam dan disambut oleh penduduk kampung dan murid-murid yang masih lagi lengkap dengan pakaian sekolah.

Inilah hakikat dialami oleh rakyat Sabah di bumi merdeka. Apapun alasan yang diberi hakikatnya selepas 47 tahun kerajaan BN gagal menyediakan keperluan dan kemudahan asas kepada kepada rakyat Sabah.

Amat malang Sabah adalah salah sebuah negeri pengeluar petroleum Negara. Malah Sabah adalah pengeluar minyak sawit terbesar negara tetapi agak malang negerinya masih kekal negeri termiskin. Kemana perginya semua hasil kekayaan semulajadi negeri ini? Kenapa hasil kekayaan sumber asli ini tidak dapat membantu rakyat negeri ini keluar dari kepompong kemiskinan?

Kita masih ingat sewaktu kempen UMNO  dan Barisan Nasional semasa pilihanraya negeri 1994, BN menjanjikan Sabah baru yang serba indah. Diantara janji BN ialah Universiti untuk Sabah, 100 hari pembangunan, sifar kemiskinan, sifar buta huruf dan jalanraya berturap.

Namun selepas 14 tahun berlalu, penduduk diluar bandar masih menanti semua janji-janji Sabah Baru. Manakala penduduk Bandar terus dihimpit dengan masalah kos sara hidup yang tinggi sehinggakan rumah bersaiz 500 kaki persegi mencecah lebih RM 140,000 sebuah.

Maka apa makna Sabah negeri simpanan tetap Barisan Nasional sedangkan masih ramai warganegara negeri ini hidup dengan kualiti hidup seperti negara dunia ketiga? Bagaimana pula dengan keadaan negeri Sabah pada tahun 2020 nanti ketika mana Malaysia sudah mencapai status Negara maju sedangkan masih ramai rakyat Sabah hidup terpinggir?

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: