Kalam Perantau

Icon

Hulu Selangor: Mengundi 25 April

PUTRAJAYA 2 April – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan Pilihan Raya Kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor akan diadakan pada 25 April ini manakala penamaan calon pula pada 17 April.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tarikh mengundi bagi pengundi pos pula akan dilaksanakan dua hari sebelum tarikh pilihan raya kecil itu.

Menurutnya, pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang telah dikemaskinikan sehingga 26 Mac lalu.

“SPR telah menerima pemakluman secara rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat pada 29 Mac lalu berhubung kekosongan kerusi bahagian itu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac.

“Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah mensyaratkan supaya kekosongan kerusi yang berlaku perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, sebanyak 48 pusat mengundi melibatkan 47 buah sekolah dan sebuah dewan orang ramai dengan 136 saluran mengundi akan digunakan pada pilihan raya itu.

Menurutnya, Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Pejabat Daerah Hulu Selangor akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan juga pusat penjumlahan rasmi undi.

“Kawasan pilihan raya Parlimen itu mempunyai 64,500 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 63,701 pengundi biasa dan 799 pengundi pos.

“Daripada jumlah tersebut, kaum Melayu merupakan pengundi majoriti dengan 34,020 pengundi atau 52.7 peratus manakala kaum Cina dan India masing-masing mencatatkan bilangan 16,964 atau 26.3 peratus dan 12,453 atau 19.3 peratus,” katanya.

Menurut beliau, SPR akan menggunakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memastikan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor berjalan lancar.

“Saya akan mengumumkan mengenainya secara terperinci pada hari penamaan calon nanti dan SPR akan menguatkuasanya dengan bantuan pihak polis,” katanya.

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: