Kalam Perantau

Icon

‘Saya tetap tuntut hak sebagai isteri Tuanku’

Oleh Khairul Anuar Abdul Samad
krull@bharian.com.my

Pengesahan lafaz cerai terhadap Elia Suhana diputus 23 Mei

KOTA BHARU: Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, mengaku kasih sayangnya terhadap Tuanku Ismail Petra tidak pernah pudar walaupun diuji pelbagai rintangan, malah beliau tetap memperjuangkan haknya sebagai isteri baginda.

Beliau mendakwa, ada pihak ketiga sedang berusaha menyukarkan kehidupannya bersama Sultan Kelantan dengan menimbulkan pelbagai kemelut seperti dihadapinya sekarang.

Katanya, beliau percaya Tuanku Ismail Petra tidak tergamak atau sanggup melakukan perkara dihadapinya kini dan yakin pihak ketiga mahu menafikan haknya sebagai isteri kepada Sultan Kelantan itu. Walaupun mahkamah membenarkan saya melawat Tuanku setiap pagi Sabtu hingga pagi Isnin, tetapi sehingga sekarang, saya masih tidak dapat melawat dan bertemu suami.

Saya tidak berputus asa terhadap halangan dihadapi dan selagi bergelar isteri Tuanku, saya akan tetap memperjuangkan hak sebagai isteri Sultan Kelantan kerana kasih sayang terhadap baginda tidak pernah pudar.

Saya berserah kepada Allah dan tidak kenal pihak ketiga itu tetapi ini bagaikan satu konspirasi hendak menafikan hak saya sebagai isteri (Sultan) dan saya percaya Tuanku tidak akan buat perkara ini (kepada saya), katanya sambil mengesat air mata.

Beliau berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraannya membabitkan tuntutan hak melawat dan pengesahan lafaz cerai talak tiga yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, di sini, semalam.
Elia Suhana berkata, sejak Tuanku Ismail Petra kembali dirawat di Kelantan, beliau belum mendapat sebarang berita keadaan kesihatan suaminya itu.

“Saya tidak boleh berhubung dengan Tuanku, malah jika baginda dapat menghubungi saya, perkara ini (kemelut dilaluinya) tidak akan berlaku sebab saya dan Tuanku boleh berbicara dengan baik,” katanya.

Ditanya hubungannya dengan anak Sultan Kelantan, beliau berkata, anakanda baginda dianggap seperti ke-luarganya sendiri, malah lebih menghormati mereka.

Mengulas sama ada pernah menghubungi keluarga suaminya itu, beliau berkata hanya mengetahui perkembangan yang berlaku dalam keluarga Tuanku Ismail Petra melalui media saja.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam, menetapkan 23 Mei ini bagi menentukan keputusan pengesahan lafaz cerai talak tiga yang dikatakan dibuat Sultan Kelantan terhadap Elia Suhana.

Hakim Syarie, Abdullah Man, menetapkan tarikh itu selepas mengarahkan peguam kedua-dua pihak menghantar hujahan bertulis pada 10 Mei mengenai bantahan awal membabitkan pengesahan lafaz perceraian itu.

Pada 23 Mei, kita akan buat keputusan, sama ada menolak atau menerima bantahan awal mengenai pengesahan lafaz cerai itu, katanya.

Ketika prosiding, peguam Syarie yang mewakili Elia Suhana, Fakhrul Azman berkata, pihaknya memfailkan dua permohonan iaitu pemeriksaan kesihatan Sultan Kelantan dan bantahan awal pengesahan cerai anak guamnya terhadap Sultan Ke-lantan.

Katanya, berkaitan permohonan interlokutori terhadap pemeriksaan kesihatan Sultan Kelantan, defendan tidak bercadang meneruskan seperti difailkan pada 21 Mac lalu, sebaliknya ingin meneruskan permohonan pengesahan cerai saja

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: