Kalam Perantau

Icon

Abdul Hadi: Zaid Ibrahim Sudah Berubah

KUALA KUBU BAHRU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim sudah berubah sejak pulang daripada mengerjakan haji.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah blog anti-pembangkang yang mendakwa Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri seorang peminum arak.

“Saya tak baca blog. Tapi sebagai orang Islam kita perlu tanya kepada tuan punya badan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di dewan serbaguna dan kompleks Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.

Hadi berkata, beliau nampak perubahan yang jelas terhadap diri Zaid sejak beliau pulang dari tanah suci Mekkah.

Baru-baru ini beberapa blog anti- pembangkang melemparkan dakwaan ke Zaid dengan mendakwa beliau seorang kaki minum arak.

Mengenai saman hudud yang dikemukakan oleh Zaid sebelum ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata:” Dia telah menarik balik saman itu.Jadi tidak timbul isu itu lagi.”

Sumber : Star Melayu

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: