Kalam Perantau

Icon

Peluang Terbaik Buat Zaid Kembali Ke Parlimen – Isteri

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN dan ARIFFUDDIN ISHAK

(gambar – Zaid Ibrahim bersama isteri, Suliana Shamsuddin semasa hadir pada majlis penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini hari ini.)

KUALA KUBU BARU:Isteri Datuk Zaid Ibrahim, Datin Suliana Shamsuddin Alias berkata pemilihan suaminya sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan peluang terbaik suaminya kembali ke Parlimen.

“Kami sekeluarga menyambut baik dan memberi sokongan penuh kepada beliau sebagai calon.

“Kami berharap beliau akan berjaya dalam pilihan raya kecil ini supaya dapat menjadi wakil rakyat di Parlimen,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan Zaid sebagai calon Pakatan Rakyat.

Menurut Suliana, 54, mereka sekeluarga sangat teruja dengan pemilihan suaminya dan perkara tersebut bukanlah satu masalah besar baginya kerana Zaid pernah menjadi wakil rakyat bagi Parlimen Kota Baru sebelum ini.

“Saya sudah biasa bekerja dengan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi lebih-lebih lagi sekarang hampir setiap minggu kami akan turun ke kampung dan membantu orang kurang upaya melalui Yayasan Kurang Upaya Kelantan dan pilihan raya di sini tidak ada perbezaannya,” katanya.

Yayasan tersebut ditubuhkan dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Zaid sementara Suliana menjadi penaungnya.

Beliau yang juga ibu kepada tiga cahaya mata berkata, akan berada di Hulu Selangor sepanjang tempoh kempen bagi pilihan kecil ini.

“Saya akan sentiasa berada di sini dan menyokong beliau (Zaid). Saya telah mempunyai beberapa program yang telah disusun sepanjang tempoh kempen di sini.

“Ada program yang saya akan bergerak dengan dia dan ada juga program saya akan bergerak bersama jentera wanita Pakatan Rakyat,” katanya.

Mengenai keyakinan beliau terhadap Zaid untuk memenangi pilihan raya kecil di Hulu Selangor, Suliana berkata: “Kami sentiasa mendoakan kejayaan dia (Zaid) dan kami berharap pengundi di Hulu Selangor akan membuat pilihan yang bijak pada hari pengundian untuk membolehkan Zaid mewakili mereka di Parlimen.”

Suliana dan Zaid mempunyai tiga cahaya mata, iaitu dua putera dan seorang puteri.

Mereka ialah, Izad Kazran Mohd Zaid, 29, Mohd Ezra, 26 dan Alysha Azrin Mohd Zaid, 17.

Sumber : Star Melayu

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: