Kalam Perantau

Icon

200 tunjuk perasaan bantah BN roboh rumah

Oleh Azim Fitri    

KOTA KINABALU, 19 April: Hujan yang turun tidak menghalang lebih 200 penduduk yang menjadi mangsa perobohan rumah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Kampung Bakau, Likas petang kelmarin.

Mereka berkumpul mengadakan tunjuk perasaan untuk menyuarakan bantahan mereka berikutan tindakan kejam kerajaan Barisan Nasional (BN) meroboh rumah-rumah mereka yang telah didiami sejak 30 tahun yang lalu.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Anwar Ali dan Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman bagi menyatakan sokongan moral PAS kepada mangsa kezaliman BN Sabah.

Idris yang berkebetulan dalam perjalanan ke satu majlis di Tuaran singgah ke Kampung Bakau untuk melihat sendiri keadaan yang dialami oleh mangsa perobohan rumah itu.

Beliau yang terlalu sebak dan sedih hanya mampu menyampaikan ucapan selama lima minit dan tidak mampu meneruskan ucapan beliau.

Laungan takbir dan ‘Hidup Pakatan Rakyat’ sentiasa bergema mengiringi setiap kali pimpinan PAS menyampaikan ucapan mereka.

Di antara kandungan sepanduk dan poster penunjuk perasaan ialah ‘Beri hak kepada kami penduduk miskin selama 30 tahun menduduki Kg Bakau Likas’, ‘Kami bantah pencerobohan ini’ dan ‘Air dan letrik kamu sudah potong tolong sambung kembali jangan siksa orang Islam sesama kita’.

Rumah-rumah penduduk Kampung Bakau telah diroboh sejak Isnin lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama anggota Rela, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Polis, Sabah Electricty dan Jabatan Air telah melancarkan operasi meroboh rumah-rumah setinggan bagi mencapai matlamat setinggan sifar 2010.

Sumber : HarakahDaily

Filed under: Most Popular, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: