Kalam Perantau

Icon

MB Selangor akan buat pengumuman penting isu generasi kedua Felda

Sumber Harakahdaily   

HULU SELANGOR, 19 April: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan membuat pengumuman penting berkaitan dengan hak generasi kedua Felda dalam masa terdekat ini.

Menurut AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, beliau dimaklumkan, Khalid akan membuat pengumuman penting tentang masa depan mereka tidak lama lagi.

Mazlan berkata demikian ketika memberikan ucapan di majlis ceramah Pakatan Rakyat di Felda Sungai Tengi malam tadi.

Menurut Mazlan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengubah hasrat bapanya, Tun Razak, yang menubuhkan Felda untuk menjadi egen pengurusan mengeluarkan peneroka Felda dari kemiskinan.

Namun, anaknya datang meruntuhkan dasar ini apabila menjadi Felda badan perniagaan sehingga dikatakan paling kaya selepas Petronas.

“Yang Tun Razak mahukan bukan untuk mengkayakan Felda. Apa yang peneroka dapat dari kayanya Felda. Yang perlu dikayakan adalah peneroka bukannya Felda,” kata beliau.

Beliau memberitahu, menjadi salah satu perjuangan Anak adalah memansuhkan Felda Plantation dan menyerahkan tanah mereka kepada anak-anak peneroka yang kini menjadi generasi kedua Felda selepas ibu dan bapa mereka sudah tua ataupun sudah meninggal dunia.

“Antaranya kita cadangkan agar 367,000 tanah Felda Plantation ini dibahagikan kepada anak-anak Felda.

“Bayangkan 79,000 anak peneroka akan mendapat manafaat darinya dengan mendapat 10 hektar setiap seorang,” kata Mazlan.

Mazlan memberikan contoh Ladang Sungai Tengi Selatan yang kini dimiliki oleh  Felda Plantation adalah antara yang sepatutnya dibuat demikian.

“Saya difahamkan, MB Selangor akan mengumumkan sesuatu yang sangat menarik untuk anak-anak peneroka Felda ini,” katanya yang juga anak peneroka dengan disambut tepukan gemuruh mereka yang hadir

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: