Kalam Perantau

Icon

Isu jentera ‘agak lemah’ : PAS baru panaskan badan

Oleh  Jimadie Shah Othman
 
Kuala Lumpur : PAS menjelaskan, jentera pilihan raya pembangkang “agak lemah sedikit” sebelum ini kerana mereka baru menyumbang 20 peratus tenaga dan kepakarannya bagi membantu rakan mereka dalam gabungan pembangkang, PKR.

“Saya tidak semak satu-satu, tetapi jentera baru-baru ini agak lemah sikit. PKR pun beritahu, di mana kamu (PAS) rasa kamu perlu buat, kamu buatlah, tanpa perlu merujuk kepada kita (PKR) terlebih dahulu.

“Baru-baru ini kita rujuk,” kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika ditanya tentang ‘kelesuan’ parti itu dalam kempen awal pembangkang di Hulu Selangor sejak tiga hari lalu.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung PAS di ibu negara hari ini, Mustafa berkata, setelah diberikan lampu hijau oleh PKR – sebagai parti yang bertanding – pihaknya akan meningkatkan bantuan mereka kepada 60 peratus.

“Tak (beri) habis juga. Sebab kalau datang semua (petugas PAS), tak boleh bergerak Hulu Selangor, sesak. Kita pun tak mahu sesak macam itu,” katanya sambil berseloroh.

Mustafa juga berkata, sebagai parti paling berpengalaman dalam Pakatan Rakyat, mereka mempunyai sumber manusia yang tidak terbatas.

“Kalau mereka (PKR) hendak lagi boleh, kita akan berikan,” katanya yang pernah mengetuai jentera pilihan raya pusat PAS sesi lalu.

Mustafa juga berkata, sebelum ini PAS – yang terkenal dengan kekuatan jenteranya – hanya memberikan bantuan kepada PKR “seperti yang diminta” sahaja.

“Kita terlibat daripada awal lagi. Tetapi PKR kata, tak apa, tak payah turun ramai-ramai. Mereka kata awal-awal lagi hendak berapa orang.

“(Jadi) kita turun (membantu) setakat apa yang mereka hendak. Tetapi sekarang mereka sudah bagi lampu hijau. Jadi, kira turun dengan sepenuh kekuatan,” katanya.

Malah, tambahnya, selepas pulang daripada menunaikan umrah, mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz sendiri dijadual turun berkempen bermula 23 April ini.

“Kita akan pertingkatkan kekuatan. Dalam dua tiga hari ini, baru panaskan badan,” katanya sambil ketawa lagi.

Mustafa juga menafikan ‘kelemahan’ jenteranya sebelum ini disebabkan masalah penyelarasan dengan PKR

Filed under: News, , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: