Kalam Perantau

Icon

Zaid Ibrahim : Saya sudah taubat

Oleh Nazri Abdullah    

PETALING JAYA, 20 April: Calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim (gambar) berkata beliau kenal ramai pemimpin Umno yang mengambil alkohol sepertinya dahulu yang terus begitu ketika beliau sendiri sudah menghentikannya namun dia tidak berniat untuk mengaibkan mereka.

Beliau sewaktu wawancara eksklusif bersama Harakah dan Harakahdaily semalam memberitahu, isu itu sengaja ditimbulkan pemimpin Umno/BN setelah beliau menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menjatuhkan karier politiknya. [LIHAT VIDEO]

“Saya berterus terang, itu dulu, dalam Umno pun ramai menteri-menteri macam saya dulu, tapi tidak menjadi isu pada waktu itu.

“Peribadi saya, karektor saya, Islam saya dipersoal setelah saya bersama-sama Pakatan Rakyat,” katanya yang juga pernah menjawat Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurutnya, apa yang berlaku itu adalah sejarah lampau yang sudah lama ditinggalkannya yang berbeza dengan sesetengah pemimpin Umno lain yang masih tidak dapat meninggalkan tabiat buruk itu.

“Saya manusia, dalam lumrah hidup kita adalah salah silap, tapi yang pentingnya apakah saya insaf dan sedar.

“Itulah beza saya dengan menteri Umno, saya berterus terang bukan hipokrit,” tambahnya lagi.

Mengenai serangan peribadi oleh Umno terhadapnya, beliau menyerahkan kepada pengundi Hulu Selangor untuk menilai sikapnya setelah membuat pengakuan jujur sebelum ini.

Berhubung tuduhan bahawa beliau kaki judi pula, Zaid berkata semua tohmahan yang dilemparkan Umno itu tidak betul, sebaliknya perkara itu dilakukan pemimpin Umno.

“Kaki judi ini sebenarnya langsung tidak betul, yang berjudi besar sebenarnya di kasino-kasino adalah menteri-menteri Umno, berjuta-juta ringgit, hutang tak bayar, tidak ada apa-apa tindakan terhadap mereka.

“Tapi saya tak nak sebut dan tak nak aibkan mereka,” jelasnya.

Sewaktu bertanding sebagai calon Umno/BN pada PRU 2004 di Kelantan, katanya, PAS sebagai parti lawan pada waktu itu langsung tidak menyentuh isu peribadinya biarpun parti Islam itu tahu latar belakang dirinya.

Tetapi pemimpin Umno kini sangat terdesak dan sangat takut sehingga terpaksa menggunakan taktik jahat menyerang peribadinya.

“Inilah budaya politik Umno sebenarnya, politik manusia yang takut kuasa mereka hilang.

“Inilah petanda mereka sedang cemas,” katanya

Filed under: News, , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: