Kalam Perantau

Icon

Kerajaan 1Malaysia : Hanya 2 daripada 300 makmal komputer sekolah siap dibina

KOTA KINABALU 21 April – Hanya dua daripada 300 makmal komputer sekolah rendah yang dirancang dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di negeri ini berjaya disiapkan setakat ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal pelajaran negeri berkata, daripada jumlah keseluruhan makmal yang diluluskan itu, 293 masih dalam proses pembinaan.

“Sebanyak 137 makmal telah siap 90 peratus, 110 siap 80 peratus dan 46 lagi hampir 70 peratus disiapkan.

“Selain itu pembinaan empat makmal masih belum dimulakan dan satu projek telah dibatalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif (BN-Membakut) mengenai berapa banyak makmal komputer sekolah-sekolah rendah di Sabah yang telah siap dan berapa jumlah yang masih belum siap.

Menurut Masidi, kegagalan menyiapkan projek yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya itu adalah berpunca daripada kontraktor.

“Alasannya adalah kerana prestasi yang tidak baik oleh kontraktor yang dilantik,” katanya.

Dalam pada itu Masidi berkata, bagi mengatasi masalah ini daripada berulang, kerajaan perlu mencari kaedah terbaik dalam memberikan kontrak.

Katanya, ini perlu bagi memastikan hanya kontraktor yang layak dan mampu menyiapkan sesuatu projek sahaja diberi keutamaan.

Sementara itu, beliau memberitahu dalam usaha mengatasi masalah kekurangan bilik darjah di negeri ini sebanyak 2,440 kelas tambahan telah dibina.

“Selain itu dalam mengatasi kekurangan rumah guru pula sebanyak 407 projek rumah guru telah lulus untuk dilaksanakan dalam RMK9,” ujarnya.

Filed under: News, , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: