Kalam Perantau

Icon

Mengapa baru mahu dipindahkan?

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menempelak SuruhanJaya Pilihanraya (SPR) berhubung dakwaan tindakan memindahkan pusat pengundian lebih 13,000 pengundi di Hulu Selangor.

”Ini berikutan dakwaan pengarah PKR, Fuziah Salleh yang juga ahli parlimen Kuantan bahawa satu perlima atau 13,488 pengundi telah dipindahkan ke pusat pengundian lain,” kata ketuanya, Nasrudin Hassan.

”Begitu juga dengan bilangan Daerah Mengundi yang dikatakan meningkat daripada 45 pada pilihanraya umum lalu kepada 47 Daerah Mengundi,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam kenyataannya berkata pemindahan itu dibuat secara sah berdasarkan peruntukan Seksyen 7 Akta Pilihan Raya 1958 bagi membuat pembetulan lokaliti, dengan mengambil kira aspek ketenteraman awam, lokasi mengundi yang tidak sesuai dan mendapat tempat baru yang lebih sesuai.

”Persoalannya, mengapa sekarang baru hendak dibuat pemindahan ketika tinggal hanya beberapa hari lagi untuk pengundi parlimen Hulu Selangor keluar mengundi?

”Jawapan timbalan pengerusi SPR bahawa pemindahan ini adalah secara kebetulan sahaja, amat tidak ‘releven’ sama sekali memandangkan pilihan raya umum Ke-12 telah dua tahun berlalu,” katanya.

Menurut Nasrudin, kenyataan SPR berhubung ‘kesilapan sempadan’ dengan memindahkan kira-kira 228 pengundi di Hulu Selangor ke Parlimen Selayang, adalah tidak dapat diterima.

”Tindak-tanduk mencurigakan ini membuatkan SPR seolah-olah berpihak kepada BN sedangkan SPR sepatutnya menjadi sebuah badan bebas dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

‘Dengan ini DPPP membantah tindakan ini dan mendesak agar SPR bersikap lebih profesional dalam menjalankan kerja-kerja mereka dan bukan menjadi ‘budak suruhan’ kepada mana-mana pihak,” tambahnya

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: