Kalam Perantau

Icon

Zaid Ingin Buktikan Tuduhan Ke Atas Peribadinya Silap Dengan Memenangi P’Raya Kecil Ini

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA KUBU BHARU: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yakin beliau mempunyai peluang untuk menang pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, 25 April ini.

Dan kemenangannya itu penting untuk membuktikan bahawa segala dakwaan ke atas peribadinya adalah silap.

“Kita ada hampir 14,000 pengundi di sini dan jika kita dapat mengenalpasti di mana mereka dan siapa yang akan mengundi kita, maknanya kita ada peluang menang.

“Peluang untuk menang sama rata dan adil. Jentera kita telah berusaha keras dan kita ada empat hari lagi dan setakat ini sokongan yang diterima semakin kuat,” katanya kepada pemberita di Pusat Media PKR di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya peluang beliau untuk menang pada pilihan raya kecil kali ini.

Pilihan raya kecil Hulu Selangor diadakan ekoran kematian penyandangya, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu,.

Mengulas lanjut, Zaid berkata setakat lima hari berkempen beliau telah menjelajah ke pelusuk kampung, felda dan estet yang terdapat di Hulu Selangor.

“Saya tidak fikir ada orang yang telah berjumpa dengan pengundi sebanyak yang saya lakukan.

“Saya akui ada tempat yang tidak sempat saya singgah tapi kali ini kita dapat tembusi beberapa kawasan yang dikatakan kubu kuat Umno,” katanya.

Zaid yang juga bekas menteri Kabinet berkata, beliau ingin membuktikan kepada Barisan Nasional bahawa tuduhan yang mereka lemparkan ke atasnya selama ini semuanya silap.

Mengenai perancangan yang akan dilakukan terhadap Parlimen Hulu Selangor, sekiranya beliau menang pada pilihan raya kecil Ahad ini, Zaid berkata: “Saya sudah ada perancangan untuk Hulu Selangor.”

“Saya mahu membawa lebih banyak pembangunan di sini,rumah terbengkalai, masalah pekerja di estet akan cuba diselesaikan dengan perancangan yang dibuat,” katanya.

Zaid berkata, beliau yakin semua perancangan itu akan mudah dilaksanakan kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 Sumber : Mstar

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: