Kalam Perantau

Icon

Alahai..suami hakim tumbuk hakim sampai pengsan

Hakim pengsan kena penumbuk

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my

BUTTERWORTH: Seorang hakim Mahkamah Sesyen di sini, pengsan selepas ditumbuk pada muka oleh suami seorang hakim mahkamah sama di lobi bangunan itu, kelmarin. 

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu ditumbuk suami hakim berkenaan selepas dikatakan ber aku perselisihan faham ketika mahu menjemput isterinya, kira-kira jam 5.30 petang. “Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum mangsa ditumbuk dan pengsan. Hakim terbabit kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya oleh kakitangan mahkamah,” katanya.

Hakim itu dibenarkan keluar hospital pada hari sama selepas mendapatkan rawatan dan kemudian membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

“Hakim berkenaan mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan keluar beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 kerana menyebabkan kecederaan dengan sengaja,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Difahamkan kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham antara hakim wanita berusia 30-an dan mangsa sebelum kejadian, yang membabitkan seorang jurubahasa.

“Sebelum kejadian, mangsa meminta jurubahasa hakim wanita itu menghadiri kes yang dikendalikannya kerana jurubahasanya cuti sakit tetapi jurubahasa terbabit tidak dapat berbuat demikian kerana mempunyai tugas sendiri di mahkamah hakim wanita berkenaan.

“Hakim wanita terbabit dikatakan mengadu kepada suaminya berhubung tindakan mangsa yang meminta jurubahasanya bertugas bagi kes hakim itu,” katanya

Filed under: News, , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: