Kalam Perantau

Icon

Ceramah Politik Dalam Masjid Tak Salah – Nik Aziz

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

KUALA KUBU BARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.

“Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Banglo Pejabat Daerah Hulu Selangor di sini malam ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi.

Sultan Sharafuddin sebelum ini bahawa bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik. Dalam perkembangan lain, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyerang peribadi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah satu perkara yang memalukan bagi politik di Malaysia.

“Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti. Kalau Umno ada modal serang partilah.

“Jangan serang tubuh badan calon, ini kerja bodoh, kerja budak-budak,” katanya.

Tegasnya, jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.

“Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan. Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi,” tegasnya lagi.

Filed under: News, , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: