Kalam Perantau

Icon

Mesej Zaid kepada pengundi

Harakahdaily    

HULU SELANGOR, 24 April: Datuk Zaid Ibrahim, calon Pakatan Rakyat daripada PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor menyeru pengundi di luar supaya pulang awal dan mengajak rakan-rakan untuk membuang undi, esok.

Zaid juga menggesa keluar mengundi seawal mungkin kerana kemungkinan jalan raya sesak.

Berikut ialah mesej beliau kepada pengundi Hulu Selangor.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Teman, taulan, dan rakyat Malaysia sekalian. Hari ini, hari Ahad 25 April 2010, merupakan satu hari yang cukup penting bagi negara demokratik muda kita. Rakyat Hulu Selangor akan membuang undi dan memilih Ahli Parlimen baru mereka. Apakah keputusan PRK ini bermakna rakyat Malaysia masih mahukan perkara yang sama berleluasa: pentadbiran yang tidak cekap, politik rasis yang mengadu-domba, rasuah berleluasa?

Atau apakah kita sudah bersedia menyatakan pendirian kita?

Hari ini, rakyat Hulu Selangor harus membuat pilihan. Tapi, kita boleh turut serta mendampingi mereka.

Bagi anda yang mendaftar sebagai pengundi di kawasan parlimen P94, saya minta:

pastikan lokasi membuang undi anda di http://daftarj.spr.gov.my/prkp094/prayakecil.aspx

pulanglah ke Hulu Selangor awal, kemungkinan jalan raya sesak.

keluarlah mengundi seawal yang mungkin.

Bagi anda yang tidak berdaftar sebagai pengundi di P94, tapi menyokong perjuangan kami, saya minta:

ajaklah teman-teman yang boleh mengundi di P94 untuk pulang mengundi

berikan bantuan anda dari segi masa, kenderaan dan sebagainya di Pusat Media PKR di Kuala Kubu Bharu

sebarkan maklumat melalui status Facebook dan Twitter anda

datanglah ke Kuala Kubu Bharu untuk memberi sokongan moral

Terima kasih sekali lagi di atas sokongan dan bantuan semua. Perjuangan kita baru bermula.

Sama-sama Selamatkan Malaysia.

Datuk Zaid Ibrahim
 

Filed under: News, , ,

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Hasil Karya

HARAKAH sebagai media dakwah : Satu analisis

Archives

Categories

%d bloggers like this: